Saturday, November 28, 2009

Sembahyang pe tu?


“Sara dia sembahyang ape tu? Takkan solat subuh kot, dah lewat ni.” Detik hati seorang teman. Sara hanya mampu tersenyum pada sahabatnya Shila. “Balqish, u sembahyang pe ek tadi? Nak kate waktu subuh dah habis nak kate solat zohor lambat lagi..ni baru pukul 9.30 pagi?” “Oh, tadi solat dhuha.” Sambil tersenyum. “Boleh i tanya? Yelah setiap perbuatan tu mesti ade sebab n musababnye, so kenapa yek u buat solat dhuha ek? Macam solat hajat untuk kite mohon hajat...”. Sambung Shila. “Em..kita sebagai manusia ciptaanNya tidak pernah putus-putus terima nikmat hidup. Ape salahnya kita ungkapkan terima kasih padaNya..kan?” Shila semakin bingung.

“Begini Shila, solat dhuha ini adalah sebagai tanda kita mensyukuri kerana kita masih dihidupkan lagi pada pagi ni . Disamping tu kita sebagai ‘student’ ni pun digalakkan tunaikan solat dhuha ni”. “Kenapa?”. “Yelah, macam yang ustaz Azhar kata, solat dhuha ni fadhilatnya dapat membuka dan melapangkan pintu rezeki, so dengan solat dhuha ni akan dipermudahkan urusan kita seharian dan dimudahkan pembelajaran kita lagi-lagi berkaitan ilmu Allah ini”.

“Em, boleh u ajar i macam mane nak buat solat tu?” i tak pandailah. Boleh .

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi). Tapi kalau awal waktu solat fardhu makin awal lah waktu solat ni. Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam. Tapi ikut urf (adat/kebiasaan) selalu buat 2 rakaat.

Cara melakukan solat Dhuha: a) Bacaan niat solat sunat Dhuha





Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".


b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;



"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan: Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)


Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

.

0 comments:

Post a Comment