Sudah lama ku biarkan ruangan ini menyepi tanpa utusan. Mungkin disebabkan jadual yang padat dan pengisian yang tak henti-henti bertandang. Namun takkan dibiarkan ruangan ini terus menjadi usang bersawang.
Pada semester ini mungkin tak banyak perkara yang menarik yang berlaku tapi dengan pelbagai ilmu dan pengalaman yang ditimba cukup untuk melengkapkan diari semester ini.
Dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu tanpa mengira batasan waktu. Tapi saat ini akan berakhir pada semester ni untuk bersama sebahagian daripada mereka….ada yang menamatkan pengajian pada semester ini. Rasa kehilangan itu pasti tiba tika dirimu tiada lagi disisi dalam halaqah untuk berkongsi segala pengetahuan.
Masuk semester depan aku akan bergelar last senior yang mana tiada lagi senior lebih tua di atasku. Tidak seperti semester-semester sebelum ini. Pelbagai rujukan dikemukan pada mereka untuk memahami lagi pelajaran yang telah disyarahkan oleh para penyarah.
Yah!! Hidup mesti diteruskan. Berbekalkan semangat dan sedikit cicipan pengalaman yang diceduk dari kamus orang yang lebih berpengalaman akan dijadikan diri ini teladan dan rujukan adik-adik.
Yang pergi..tetap akan pergi. Yang tinggal..teruskan perjuangan.. yang telah tamat..ku doakan agar diri kalian teruskan perjalanan hidup ini dengan hati yang lebih tabah serta sepenuh kekuatan hati menempuh pahit getir kehidupan yang kita takkan pernah tahu hala tujuan yang sebenarnya. Namun perancangan yang sempurna itu adalah lebih baik untuk persediaan dihadapan. InsyaAllah.
SALAM PERJUANGAN BUAT KALIAN EX-BBA 53-1 (K. Ayu, K.Zue , K.Muru & K.Shida)
0 comments:
Post a Comment