Saturday, November 28, 2009

Sembahyang pe tu?


“Sara dia sembahyang ape tu? Takkan solat subuh kot, dah lewat ni.” Detik hati seorang teman. Sara hanya mampu tersenyum pada sahabatnya Shila. “Balqish, u sembahyang pe ek tadi? Nak kate waktu subuh dah habis nak kate solat zohor lambat lagi..ni baru pukul 9.30 pagi?” “Oh, tadi solat dhuha.” Sambil tersenyum. “Boleh i tanya? Yelah setiap perbuatan tu mesti ade sebab n musababnye, so kenapa yek u buat solat dhuha ek? Macam solat hajat untuk kite mohon hajat...”. Sambung Shila. “Em..kita sebagai manusia ciptaanNya tidak pernah putus-putus terima nikmat hidup. Ape salahnya kita ungkapkan terima kasih padaNya..kan?” Shila semakin bingung.

“Begini Shila, solat dhuha ini adalah sebagai tanda kita mensyukuri kerana kita masih dihidupkan lagi pada pagi ni . Disamping tu kita sebagai ‘student’ ni pun digalakkan tunaikan solat dhuha ni”. “Kenapa?”. “Yelah, macam yang ustaz Azhar kata, solat dhuha ni fadhilatnya dapat membuka dan melapangkan pintu rezeki, so dengan solat dhuha ni akan dipermudahkan urusan kita seharian dan dimudahkan pembelajaran kita lagi-lagi berkaitan ilmu Allah ini”.

“Em, boleh u ajar i macam mane nak buat solat tu?” i tak pandailah. Boleh .

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi). Tapi kalau awal waktu solat fardhu makin awal lah waktu solat ni. Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam. Tapi ikut urf (adat/kebiasaan) selalu buat 2 rakaat.

Cara melakukan solat Dhuha: a) Bacaan niat solat sunat Dhuha





Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".


b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;



"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan: Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)


Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

.

Thursday, November 26, 2009

Berkorban ape saje..


Salam aidil adha buat semua..berkorban ape saje? Erm..betol tu..setiap manusia mempunyai matlamat untuk dikecapi namun dugaan dan cabaran datang secara tiba-tiba boleh menyebabkan cita-cita kita ditolak ketepi seketika..sedarkah kita bahawa itu adalah pengorbanan?

Ini dimaksudkan bahawa semua orang pernah melakukan pengorbanan..tak kiralah sama ada korban tuk diri sendiri mahupun orang lain lagi-lagi orang yang paling kita sayang..begitu jugalah bunga cinta dan sayang kita pada yang maha pencipta seperti mana kisah pengorbanan agung dalam sejarah islam mengenai kasih Nabi Ibrahim a.s. dalam melaksanakan penyembelihan keatas anak kesayangannya. Begitu jua anak baginda Nabi Ismail a.s menyerahkan diri dengan penuh kerelaan dan keikhlasan untuk dikorbankan dirinya kerana kasih dan cinta baginda terhadap ayahandanya lebih-lebih lagi terhadap Allah S.W.T.

Adakah kita tahu bahawa setiap pengorbanan juga ada imbalannya? Lebih besar pengorbanan yang kita buat akan lebih besarlah balasannya.. tapi jangan berkorban demi mengharapkan apa-apa balasan malah lakukanlah dengan penuh keikhlasan. Pengorbanan yang tidak seberapa tetapi ikhlas adalah lebih bermakna dari melakukan pengorbanan yang besar tapi ada sekelumit rasa sesal atau tidak ikhlas.

Berkoban itu ada pelbagai cara. Tak kiralah apa cara sekalipun. Bayangkan. Anda diberi pilihan untuk pergi berpersatuan atau mengulangkaji dibilik. Mane yang anda pilih? Ha..salah satu itu adalah pengorbanan kan? Walau apa pun pengorbanan besar yang telah kita buat ingatlah bahawa pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan panji-panji islam demi umat baginda yang tercinta. Renung-renungkan.

Salam ditautkan kembali..


Sudah lama ku biarkan ruangan ini menyepi tanpa utusan. Mungkin disebabkan jadual yang padat dan pengisian yang tak henti-henti bertandang. Namun takkan dibiarkan ruangan ini terus menjadi usang bersawang.

Pada semester ini mungkin tak banyak perkara yang menarik yang berlaku tapi dengan pelbagai ilmu dan pengalaman yang ditimba cukup untuk melengkapkan diari semester ini.

Dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu tanpa mengira batasan waktu. Tapi saat ini akan berakhir pada semester ni untuk bersama sebahagian daripada mereka….ada yang menamatkan pengajian pada semester ini. Rasa kehilangan itu pasti tiba tika dirimu tiada lagi disisi dalam halaqah untuk berkongsi segala pengetahuan.

Masuk semester depan aku akan bergelar last senior yang mana tiada lagi senior lebih tua di atasku. Tidak seperti semester-semester sebelum ini. Pelbagai rujukan dikemukan pada mereka untuk memahami lagi pelajaran yang telah disyarahkan oleh para penyarah.
Yah!! Hidup mesti diteruskan. Berbekalkan semangat dan sedikit cicipan pengalaman yang diceduk dari kamus orang yang lebih berpengalaman akan dijadikan diri ini teladan dan rujukan adik-adik.

Yang pergi..tetap akan pergi. Yang tinggal..teruskan perjuangan.. yang telah tamat..ku doakan agar diri kalian teruskan perjalanan hidup ini dengan hati yang lebih tabah serta sepenuh kekuatan hati menempuh pahit getir kehidupan yang kita takkan pernah tahu hala tujuan yang sebenarnya. Namun perancangan yang sempurna itu adalah lebih baik untuk persediaan dihadapan. InsyaAllah.

SALAM PERJUANGAN BUAT KALIAN EX-BBA 53-1 (K. Ayu, K.Zue , K.Muru & K.Shida)