Friday, August 21, 2009

Tarawikh......



Tarawikh menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawikh adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawikh ialah duduk ''bersenang-senang'' atau ''beristirahat''. Solat Tarawikh bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawikh dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawikh itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadhan. Sembahyang Tarawikh dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

===Dalil===
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawikh. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawikh sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawikh di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.


===Hukum===
Hukum mengerjakan sembahyang tarawikh adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada
secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku ''Rahsia-Rahsia Solat'', walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

===Cara Solat Tarawikh ===
Waktu sembahyang Tarawikh ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap
satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Rukun sembahyang sunat Tarawikh ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawikh tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawikh mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawikh boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawikh dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawikh dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.

Lafaz Niat Sembahyang Tarawikh:


Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawikh dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawikh, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawikh, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

===Bilangan Rakaat===
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawikh dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawikh sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Bukhari,Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawikh dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

===Kelebihan Sembahyang Tarawikh===
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawikh) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
.
.
p/s : penuhilah bulan yang berkat ini dengan sebenar-benar penghayatan perhambaan..
.

Monday, August 17, 2009

Tolong Beritahu Si Dia



Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana Allah..
.
.
copyright_control
.
.
p/s: berkemungkinan apa yang kamu cintai itu terbuku didalamnya kebencian dan berkemungkinan apa yang kamu benci itu terdapat sekelumit rasa cinta..

Friday, August 14, 2009

Kesan Zikir Terhadap Otak


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Saturday, August 8, 2009

3 Amalan Yang Berkat


Hadith : Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?”Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”(Bukhari)

Huraian: Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarahsekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T.
Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatanatau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Makaberuntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith diatas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya.
Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku keranaini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yangkukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yangmeremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka) .
p/s :Manusia sering mengaku syaitan musuh utama, tapi selalu ikut perangai makhluk laknatullah tu...

Thursday, August 6, 2009

“CUTI DARURAT”



Satu demi satu kematian kian melanda dunia dengan kedatangan wabak yang tidak diundang. Makin banyak korban telah dilaporkan, namun masa tidak bisa kita putarkan semula. Maut yang datang tidak mungkin kita hindari sama sekali. Pada hari ini, dunia dikejutkan oleh tuhan dengan kehadiran Influenza H1NI1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi. Kalau kita dapat toleh sejenak kebelakang, masihkah kita ingat akan kedatangan wabak-wabak seperti ini dahulu? seperti selsema burung dan JE? kehadiran mereka bagai angin yang lalu. Kita sebagai manusia tidak pernah mengambil iktibar dengan peringatan yang mungkin sedikit impaknya pada diri melainkan dengan kedatangan bala yang berat seperti Tsunami.

Sifat syukur dan meyakini kejadian Allah sebagai satu hikmah pada diri kita semakin longgar. Lantas DIA yang sangat mengasihi hambanya sering memberi peringatan buat kita agar tidak tersasar haluan. Tapi adakah kita sedar?
Pada sabtu yang lalu, bermulalah cuti ‘darurat’ akibat penularan wabak H1N1 ini. Semua kampus tempat saya belajar di arah tutup. Bagi mengambil keputusan, saya bergegas untuk pulang petang itu juga. Amaran telah dikeluarkan. “Siapa yang masih tinggal di asrama pada keesokan harinya akan dikuarantinkan. AMARAN Jabatan Kesihatan !!!.” Masing-masing membungkus barang untuk bergegas pulang.

**************
Pada isninnya, saya bersama mak menemani atuk untuk pemeriksaan kesihatan. InsyaAllah tahun ni rezeki atuk untuk menunaikan fardhu yang kelima. Adik bongsu ikut sekali. Setibanya di poliklinik, saya agak
terkejut. “MasyaAllah, ramai betol manusia?”. Masing-masing siap bertopeng. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk diperiksa. Pelajar sekolah dan pelatih PLKN turut memenuhi ruang. Dalam keadaan darurat sebegini sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran mengarahkan sekolah-sekolah di sekitar Bandar khususnya ditutup bagi mengelakkan berlaku penularan.

Mak meminta agar menemani adik ke tempat pemeriksaan pesakit luar. Adik dari kelamarin demam, sakit tekak dan selsema. Dengan cuaca serta udara yang makin merosot ini, banyak wabak semakin aktif. Sampai di kaunter. No. 3138. “Mak oi, lagi berpuluh orang. Berjanggut lah menunggu”. Mak masih menemani atuk. Saya dan adik terpacak (tak dek tempat duduk) di sekitar kuanter menunggu. Setelah atuk selesai, mak ‘take over’ adik plak. “Mesti atuk boring ni”. Saya ajak atuk untuk ke kafe untuk minum pagi. Masa terbuang di poliklinik hampir 3 jam.

“Atuk dinasihatkan untuk tidak digalakkan untuk memenuhi hasrat ke Makkah akibat penularan wabak yang merbahaya ini.” Mak mula buka cerita setelah menghantar atuk pulang.

“Erm, yelah tp sian pulak kat atuk kan?”. sambut penyataan emak.

“Doktor yang rawat atuk ade kata, Kementerian Kesihatan pun dah tak tau nak wat ape dah skang ni”. Mak menyambung.

“sampai macam tu sekali”. Agak terkejut.

“Em.” Mak mengiyakan sahaja.

*************

“Hari esok nisfu sya’ban. Alhamdulillah.”

“Sampai ke luar orang?”.Sesampai di klinik.

Memang penuh dengan orang. Ambil nombor dan duduk. no.1508 bilik 1. “lagi 12 orang, sabar-sabar”. Dalam hati. Rase pening makin mencengkam. Demam 2 hari melemahkan. Ditambah hari-hari buka puasa dengan ais. Memang cari penyakit. Di klinik tu, memang asyik mengucap panjang. Majoriti bertopeng. Tapi yang paling kesian, bayi-bayi kecil yang dalam kendungan. Lebih mudah dijangkiti.

“Sakit pe dik”. Doktor yang sopan bertudung bertanya.

Setelah saya terangkan dengan panjang lebar.

“Ooo, bape hari dah demam? . Ceria. Macam tak demam”. Senyum si doktor.

“Ish, panas ni. 38 C. Haa, betol-betol demam. Doktor bicara sendirian. Aku mampu tersenyum.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik buatmu, kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk untukmu, ketahuilah bahawa Allah maha mengetahu” (al-Baqarah:65)

*************
Azan dah berkumandang. Kurma baru habis ditelan. Lagu wonderpat berdendang. “Mesej”.

Salam nisfu sya’ban…… Mesej dari seorang sahabat yang sering tidak lokek dengan ilmu.

“Alamak, esok nisfu sya’ban. Macam mana ni? Kene makan ubat ikut ‘time’ plak.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan hamba-hambanya.

Penuhilah nisfu sya’ban dengan amalan yang berfaedah lagi terpuji. Semoga kita bertemu di tahun akan datang.
p/s : tiap musibah itu ada hikmah disebalik kejadiannya..