Thursday, November 26, 2009

Berkorban ape saje..


Salam aidil adha buat semua..berkorban ape saje? Erm..betol tu..setiap manusia mempunyai matlamat untuk dikecapi namun dugaan dan cabaran datang secara tiba-tiba boleh menyebabkan cita-cita kita ditolak ketepi seketika..sedarkah kita bahawa itu adalah pengorbanan?

Ini dimaksudkan bahawa semua orang pernah melakukan pengorbanan..tak kiralah sama ada korban tuk diri sendiri mahupun orang lain lagi-lagi orang yang paling kita sayang..begitu jugalah bunga cinta dan sayang kita pada yang maha pencipta seperti mana kisah pengorbanan agung dalam sejarah islam mengenai kasih Nabi Ibrahim a.s. dalam melaksanakan penyembelihan keatas anak kesayangannya. Begitu jua anak baginda Nabi Ismail a.s menyerahkan diri dengan penuh kerelaan dan keikhlasan untuk dikorbankan dirinya kerana kasih dan cinta baginda terhadap ayahandanya lebih-lebih lagi terhadap Allah S.W.T.

Adakah kita tahu bahawa setiap pengorbanan juga ada imbalannya? Lebih besar pengorbanan yang kita buat akan lebih besarlah balasannya.. tapi jangan berkorban demi mengharapkan apa-apa balasan malah lakukanlah dengan penuh keikhlasan. Pengorbanan yang tidak seberapa tetapi ikhlas adalah lebih bermakna dari melakukan pengorbanan yang besar tapi ada sekelumit rasa sesal atau tidak ikhlas.

Berkoban itu ada pelbagai cara. Tak kiralah apa cara sekalipun. Bayangkan. Anda diberi pilihan untuk pergi berpersatuan atau mengulangkaji dibilik. Mane yang anda pilih? Ha..salah satu itu adalah pengorbanan kan? Walau apa pun pengorbanan besar yang telah kita buat ingatlah bahawa pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan panji-panji islam demi umat baginda yang tercinta. Renung-renungkan.

2 comments:

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..salam AidilAdha..
i'm aGree with u..berkorban punya sejuta cara, sama ada kita sedar atau tidak..hidup melalui liku2 ujian-Nya dengan penuh keredhaan & kesabaran juga satu peng0rbanan..namun berk0rban tak semestinya terk0rban bukan?..

.:Masyi:. said...

betol tu..
x semua pengorbanan akan mejadikan kita terkorban.. ssghnya ketahuilah bahawa Allah memberi dugaan atas kemampuan hambanya..Dia lebih mengetahui..

Post a Comment