Friday, May 28, 2010

Posisi tidur menurut Islam dan Sains


Diriwayatkan daripada Barrah bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. " Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Wednesday, May 26, 2010

Disebalik minum air mengikut sunnah Rasulullah SAW

Antara adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ketika minum adalah seperti berikut:

a. Janganlah minum sekali gus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi)

b. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)

c. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)

Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran baginda dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah baginda. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya.

Wallahu’alam.




Monday, May 17, 2010

Bidadari Yang Cantik Menurut Khabar al-Quran



Allah SWT telah memberikan sifat-sifat yang terindah kepada bidadari-bidadari syurga. Mereka diberi pakaian yang paling bagus dan sesiapapun yang membincangkan diri mereka pasti akan digelitik kerinduan kepada mereka, seakan-akan dia sudah melihat secara langsung bidadari-bidadari itu.

Al-Thabrani menyebutkan, kami diberitahu Bakr bin Sahl al-Dimyathi, kami diberitahu Amru bin Hasyim al-Biruni, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, dari Hisyam bin Radhiyallahu Anha, dia berkata, “Saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli.”

Beliau s.a.w menjawab, “Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”

Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku tentang firman Allah, ‘Laksana mutiara yang tersimpan baik.” (al-Waqi’ah:23)

Belaiu menjawab, “Kejernihannya sepertimana kejernihan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah. Jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Di dlam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik’.” (al-Rahman:70)

Beliau s.a.w menjawab, “Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita.”

Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku firman Allah, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (al-Shaffat:49)

Beliau menjawab,” Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bahagian dalam telur dan terlindung kulit telur bahagian telur, atau yang biasa disebut putih telur.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Penuh cinta lagi seb
aya umurnya.” (al-Waqi’ah:37)

Beliau menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tua, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama,wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang Nampak daripada apa yang tidak nampak.”

Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Belaiu s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.”

Saya berkata, “Wahai Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah menikah dengan dua,tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia. Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga pula. Siapakah di antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”

Beliau menjawab, “Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa diantara mereka yang akhlaknya paling bagus, lalu dia berkata, ‘Wahai Rabb ku, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya’. Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, duniadan akhirat.”

Pengarang (Ibnu Qayyim al-Jauziah) menyebut hadis ini di dalam bukunya Had al-Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if. Menurut Ibnu Ady, sebahagian besar hadis-hadisnya adalah mungkar dan saya tidak melihat orang-orang terdahulu membincangkannya. Kemudian dia menyebutkan hadis ini dari jalannya, seraya berkata, “Hanya sanad inilah yang diketahui.”

--Petikan daripada Panduan BERCINTA dan memendam rindu karangan Ibnu Qayyim al-Jauziah dalam Bab 19 Keutamaan keindahan dan kecenderungan jiwa menyukai kecantikan--

Thursday, May 13, 2010

KASIH DIUJI


Nabi Ayub terkenal kerana sikap tabah dan cekal. Walaupun menanggung derita penyakit kulit yang menjijikan mata yang melihat, namun, beliau tetap setia mendekatkan dirinya kepada Allah tanpa mengeluh, apatah lagi merungut.

Iblis kecewa kerana usahanya gagal. Lalu, sasaran seterusnya ditujukan pula kepada Rahmah, isteri Nabi Ayub. Bisikan demi bisikan ditujukan kepada Rahmah. Dari sehari ke sehari hati Rahmah mula gundah dan resah. Segala harta benda yang musnah, anak-anak yang terkorban diungkit. “Sekiranya harta benda dan anak-anak kita masih ada, tidaklah begini derita yang kita tanggung,” keluh Rahmah. “Bilakah Allah menghentikan seksaan azab pada kita ini?”

Alangkah terperanjat Nabi Ayub mendengar kata-kata keluhan isterinya. “Sejak bilakah hati adinda berubah?” Bukankah dinda seorang yang teguh imannya?”

Nabi Ayub hanya mampu terlantar di pangking. Beliau merenung wajah isterinya yang penuh kegusaran.

“Allah kurniakan nikmat dalam waktu yang begitu panjang. Patutkah kita mengeluh menghadapi ujian yang hanya beberapa ketika ini?”

“Sekiranya hati dinda mula goncang, mulai saat ini kanda tidak mahu menerima layanan dinda lagi walau hanya seteguk air. Pergilah dari sini. Tinggalkan kanda sendirian!” Nabi Ayub semakin marah pada isterinya.

Rahmah masih membisu. Air matanya mengalir.

“Kanda berjanji apabila pulih daripada penyakit ini, kanda akan pukul dinda sebanyak seratus kali sebagai hukuman atas kelemahan iman dinda. Pergi!”

Perasaan Rahmah bercampur baur. Dia melangkah meninggalkan suaminya sambil mengisi keterlanjuran kata-katanya. Kakinya terus melangkah di tengah padang pasir sehingga letih. Selepas jauh berjalan, Rahmah mula merindui suami yang ditinggalkannya.

Rahmah berjalan pulang mendapatkan suaminya semula. Walaupun dia mengetahui hukuman yang akan menimpanya. Sepanjang perjalanan pulang, hatinya berdebar-debar memikirkan penerimaan suaminya kelak. Apabila tiba di hadapan rumah. Rahmah terkejut. “Bukankah ini rumahnya?”

Matanya meliar mencari-cari suaminya yang tidak kelihatan. Tiba-tiba, di hadapannya seorang lelaki tampan memerhatikannya sambil tersenyum.

Rahmah kaget.

“Mengapa dinda kebingungan? Sayalah suami kamu.” Nabi Ayub menyapanya.

Tanpa membuang masa, Rahmah menerpa mendapatkan suaminya. Dia meratap, menangisi serta memohon maaf atas kesalahan dan dosa-dosanya.

“Janganlah mengangis lagi. Ujian kita sudah selesai dan kita lulus,” Nabi Ayub memujuk isterinya.

“Benarkah begitu?” Rahmah bertanya.

“Ya. Lihatlah tubuh kanda. Kanda sudah sihat dan bertenaga,” kata Nabi Ayub tersenyum.

Pada masa itu, Nabi Ayub teringat akan janjinya kepada isterinya. Namun, apabila melihat keadaan isterinya yang lemah, kurus dan tidak bermaya, dia tidak sampai hati. Sekiranya dipukul seratus kali, tentu isterinya mati atau separuh mati.

Nabi Ayub menadah tangan berdoa kepada Allah. Pada saat itu, Allah berkata, “Ambil serangkai rumput kering dan pukul isteri kamu.tidaklah engkau melanggar janji.”

Nabi Ayub mengumpul seratus tangkai rumput kering dan diikat. Lalu dipukul isterinya dengan seratus kali pukulan. Tertunai sudah janjinya.

Wednesday, May 12, 2010

Antara Bidadari dan Penghuni SYURGA..

sedikit perkongsian untuk tatapan semua..agar kita lebih menilai..