Tuesday, June 2, 2009

MENANGISLAH..



Kita sebagai manusia telah diciptakan dengan pelbagai nikmat perasaan yang tidak bisa kita rungkaikan sebagai sesuatu yang hasil coretan yang jelas seperti perasaan gembira, sedih, ketawa, menagis, marah, sayang, benci, rindu,baik,buruk dan bermacam lagi perasaan yang lahir dari beberapa tempat di sudut hati kita yang mungkin kita dapat rasai kehadirannya atau tidak. Namun sedarkah kita,perasaan menangis juga adalah satu kemikmatan? Pasti kita sering kelihatan tangisan adalah kesengsaraan namun sejarah telah membongkar bahawa tangisan sebenarnya lebih membawa kepada khabar gembira. Mari kita lihat sejarah tentang air mata.

“Orang-orang lalai sama sekali tidak memiliki tenaga seperti orang-orang yang berhati suci. Demi setitis airmata, mereka sanggup menggantinya dengan tidak tidur semalaman. (Sha’ib Tabrizi-Penyair)

Sasterawan barat William Shakespeare yang arif tentang cinta telah mencoretkan : “Cinta tang telah dicuci dengan air mata akan selalu suci, bersih lagi indah”

Beruntunglah orang yang telah dianugerahkan oleh Tuhan sebuah hati yang dapat mencinta dan menangis.
(Victor Hugo-Novelis)

Imam Jaafar ash-Shadiq a.s dalam sebuah riwayat mengucapkan tahniah kepada orang-orang yang menangis. Ucapan tahniah ini sebenarnya merujuk kepada pahala yang akan diterima oleh mereka dan akibat baik yang Allah janjikan kepada mereka. Beliau berkata: “Jika tangismu tidak kunjung tiba, maka berpura-puralah menangis! (berbuatlah seperti orang yang sedang menangis atau berusahalah untuk mewujudkan suasana yang dapat membuatkanmu menitiskan air mata). Dan apabila kemudian engkau berhasil menitiskannya walau hanya sebesar kepala lalat, maka (kuucapkan) tahniah!”

Dalam itu juga Rasulullah s.a.w tika satu kesempatan telah berkata kepada Abu Dzar: “Wahai Abu Dzar! Sesiapa yang dapat menangis, maka hendaklah ia menangis. Dan sesiapa yang tidak mampu melakukannya, maka hendaklah ia menyedihkan hatinya dan berlaku seperti orang yang sedang menangis; kerana hati yang keras itu jauh dari Allah, namun masih ramai orang yang tidak menyedarinya”.

Sabda baginda lagi yang diriwayatkan kepada Ali bin Abi Talib yang berbunyi: “Wahai Ali! Ada empat ciri orang-orang celaka: Mata yang kering, hati yang keras, angan-angan yang panjang, dan cinta pada kekekalan". Dari situ kita dapat lihat bahawa sebab musabab yang membawa kepada kerasnya hati, panjangnya angan-angan dan cita pada kekekalan adalah bermula dari mata yang kering. Mata yang keringa disini bukanlah bermaksud mata kering kalau tak pakai “eye-mo” tetapi mata yang tidak dapat menangis. Ini juga merupakan tanda ilmu yang pernah dipelajari itu tidak membawa bermanfaat lebih-lebih lagi untuk dirinya sendiri. Walaupu jika dia seorang yang berilmu, namun ilmunya tidak dimanfaatkan boleh dikatakan ia sama sahaja dengan orang yang tidak berilmu atau lebih buruk lagi.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda lagi dalam hal ini : “ Wahai Abu Dzar! Sesiapa yang diberi ilmu, sedang ilmu itu tidak dapat membuatnya menangis, maka dapat dipastikan bahawa ilmunya adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Kerana sesungguhnya Allah telah menyifatkan orang-orang berilmu dalam firmanNya:

“Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka merebahkan dirinya sambil bersujud, dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi”. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan hal ini (sentiasa membaca al-Quran) menambahkan kekhusyukan mereka”. (Surah al-Isra’:107-109)

Teringat saya akan kisah seorang sahabat saya yang kehilangan ibu kesayangannya. Tika itu, saya sebagai sahabat hanya dapat sentiasa berada disampingnya untuk memberi semangat bagi meneruskan kehidaupan yang mana ketika itu orang seperti dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan sedih yang terbuku dihati. Perkataan pertama yang keluar dari bibir saya ialah : “menangislah!”. Saya bukan nak menghukum dia, tapi percaya atau tidak selepas langsai tangisan itu anda akan rasa satu kekuatan. Kalau tak percaya, cubalah!!!


kuantan 6.46 petang

2 comments:

rkukaudya said...

salam.

betul. ada masanya kita kena menangis.

"...dan bahwasanya DIAlah yang menjadikan orang2 tertawa dan menangis..." an-najm:53

salam ziarah. smoga slalu dilindungi n diberkati ALLAH.;=)

hamuz habibty said...

sedihnya...mari menangis!
syukran kak Mar

Post a Comment