Bagi memusnahkan hidup umat Islam, musuh-musuh Islam bertanggungjawab mewujudkan pelbagai teori atau fahaman kebendaan yang bertentangan dengan kehendak naluri kemanusiaan jester mengenepikan konsep keagamaan sebagai suatu cara hidup yang berkesan.
Antara yang dikenalpasti ialah:
a) Melalui media massa dan sebaran am
kebanyakan laporan berita yang disiarkan di media massa(akhbar, majalah, television, radio, internet dan lain-lain sumber adalah dikuasai oleh orang-orang bukan Islam. Bahan berita berkaitan dengan umat Islam diputar-belitkan, memberi satu imej buruk kepada dunia. Peristiwa yang berkaitan dengan puak pelampau Islam akan dibesar-besarkan dan digambarkan bahawa bagitulah sebenarnya Islam. Negara-negara Islam yang besar (seperti Indonesia contohnya- serangan berani mati dsb,) dituduh sebagai melahirkan kumpulan pengganas dan apa yang berlaku akan mendapat satu liputan luas. Sehubungan itu sekumpulan pendakwah kristian yang memegang jawatan doctor, jururawat atau pekerja sukarela akan memainkan peranan(disini dapat lihat bahawa mereka kristian inilah yang mulia sedia membantu). Kebebasan mereka (atas jawatan mereka) untuk keluar masuk sesuatu negara digunakan untuk menyebarkan ajaran kristian.
Ada juga kumpulan yang menganjurkan pakej lawatan atau perkhemahan secara percuma (kemudian ajaran kristian diserapkan melalui aktiviti yang bercorak agama dan perbincangan yang berunsur Kristian secara halus.)
Penyebaran risalah-risalah atau brosur secara percuma dan berleluasa. Risalah-risalah yang dicetak menarik dan mudah dibaca diedarkan di merata tempat. Di hotel-hotel tertentu juga di letakkan kitab injil di laci-laci bilik hotel.(berlaku di hotel-hotel malaysia)
b) Bagi tujuan melalaikan umah tentang tanggungjawab terhadap tuntutan agama.
Antaranya pertandingan ratu cantik, ‘game show’, pertandingan nyanyian yang menjanjikan hadiah-hadiah yang lumayan dan diadakan pada waktu atau masa beribadat(contohnya majlis bermula pada pukul 8.00 malam dan berlarutan sehinggan tengah malam-perlawanan bola, Akedemi Fantasia dsb). Membawa masuk kumpulan-kumpulan penyanyi yang berimejkan ‘kurang sopan’, keterlaluan dan melalaikan yang penontonnya majority anak-anak muda Melayu.Perkara yang berleluasa seperti ini mudah tertarik oleh golongan muda terutamanya.
Mengadakan sambutan sempena ulangtahun tertentu atau majlis sambutan secara besar-besaran dan diadakan sebelah malam. Stadium atau dataran akan mula dibanjiri sejak petang dan akan selesai sehingga awal pagi rata-ratanya anak-anak Melayu yang beragama Islam(dengan gaya tarian, sikap dan pakaian yang tidak mencerminkan agama Islam-konsert)
c) Persatuan Hak Asasi Manusia.
Kononnya mereka memperjuangkan hak asasi manusia. Oleh itu hukuman Islam kelihatan kejam dan zalim. Contohnya hukuman merejam sampai mati terhadap kesalahan zina, qisas atau bunuh adalah balasan bagi kesalahan membunuh dan memotong tangan bagi kesalahan mencuri. Mereka memain peranan ‘membela’ kesalahan denga menyatakan hukuman Islam tidak sesuai, kejam dan menolak hak asasi manusia.Hukum Allah ditolak dan dipertikai supaya orang islam sedar akan kezaliman undang-undang Islam.
d) Perutubuhan Wanita
pertubuhan yang kononnya memperjuangkan “kebebasan wanita”. Diasaskan oleh wanita-wanita Barat yang keseluruhannya bukan Islam tetapi beragama Kristian. Mereka memperjuangkan dua aspek utama:
1. Kedudukan wanita dalam masyarakat (isu aurat, pelajaran campura, pergaulan bebas dan pekerjaan di luar rumah).
2. Hak sama rata dengan kaum lelaki (jenis kerja, kenaikan pangkat, gaji dan lain-lain).
Kumpulan mereka ini mengambil kesempatan mendekati dan menawarkan bantuan berbentuk kewangan atau tempat tinggal dan menjanjikan kehidupan yang lebih baik kepada wanita atau gadi-gadis yang dilanda pelbagai ‘masalah’ dalam hidup. Penggunaan wang (dianggap sebagai satu pelaburan) yang banyak tidak menjadi masalah kerana agenda mereka didapati amat berkesan dengan cara ini.
***jika tidak percaya..lihatlah dunia hari ini..
0 comments:
Post a Comment