Monday, February 15, 2010

Macam mana nak gembirakan semua orang?



Dalam kehidupan kita yang bermasyarakat kadang kala tidak lari dari melakukan kesilapan yang mungkin kita tidak sedar suatu perkara itu akan meniggalkan kesan negetif pada diri seseorang. Tidak kiralah siapa kita samada perempuan atau lelaki, tua atau muda mahupun miskin ataupun yang kaya. Yang pastinya setiap amalan setiap hambanya itu akan dinilai jua.

Mungkin dengan pelbagai cara membolehkan orang sekeliling kita senang dengan apa yang kita lakukan. Namun bukan semua yang dapat terima.


Walaubagaimanapun, disini terdapat cara yang boleh ana kongsikan mengenai cara untuk kita gembirakan semua orang. Antaranya :-

1. Wajah yang selalu cerah dan ceria
Rasulullah SAW sentiasa berwajah ceria, baginda pernah bersabda : “Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesyugulan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul bebanan yang berat, ia akan menjadi buta.” (Sunan Abu Daud)

2. Senyuman yang tulus
Rasulullah jua sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan bagi sesiapa yang melihatnya. Seperti yang kita tahu, senyum itu adalah sedekah, senyuman yang tulus mempunyai daya sentuh terus kedalam lubuk hati, senyuman adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang cintakan kebaikan. Senyuman tidak bisa dimiliki oleh orang-orang yang keji, sombong, angkuh dan orang yang busuk hati.

3. Kata-kata yang santun dan lembut.
Ketika bercakap, pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap ini dilakukan oleh Rasulullah ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga terciptalah suasana yang menyenangkan. Hindari kata yang kasar, menyakitkan, merendahkan, mempermalukan dan jauhkan daripada bernada keras dan berlebihan.

4. Sen
ang menyapa dan mengucapkan salam
Usahakanlah untuk menjadi orang yang paling dulu menyapa dan mengucapkan salam. Jabatlah tangan kawan (sama jenis) dengan penuh kehangatan dan lepaslah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana itu adalah contoh Rasulullah. Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian.

5. Bersikap sopan dan penuh penghormatan
Jika Rasulullah berbincang dengan para sahabat, baginda berusaha menghormati mereka dengan cara duduk yang penuh perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melucu, an ikut merasa takjub ketika sahabatnya mengisahkan hal yang mempersona, sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh baginda.

6. Senangkan perasaannya
Pujilah dengan tulus dan tepat terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kaitan dengan kebesaran Allah sehingga orang yang dipuji akan terinagat kembali sumber nikmat yang diperolehinya, sampaikan ucapan terima kasih dan mendoakan orang yang dipuji. Dengan cara ini akan membuatnya merasa bahagia. Dan ingin diingatkan disini jangan sekali-kali bakhil untuk ucapkan terima kasih.

7. Penampilan yang menyenangkan
Gunakanlah pakaian yang rapi, kemas dan harum. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan. Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, tentu sahaja dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.

8. Maafkanlah kesalahannya
Jadilah pemaaf yang berlapang dada dan ikhlas terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada kita, kerana hal ini akan membuat bahagia dan senang siapa pun yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita, dan tentu hal ini akan menaikan imej kita di hatinya.

Aturan ini adalah sekadar perkongsian. Itu semua bergantung pada keberkesanan kita untuk mengamalkannya. Apa-apa pun kita kembali kepada niat kita. Semoga kita peroleh manfaat dengan mengamalkannya. Wallahu ‘alam bissawwab..

0 comments:

Post a Comment