Thursday, August 6, 2009

“CUTI DARURAT”



Satu demi satu kematian kian melanda dunia dengan kedatangan wabak yang tidak diundang. Makin banyak korban telah dilaporkan, namun masa tidak bisa kita putarkan semula. Maut yang datang tidak mungkin kita hindari sama sekali. Pada hari ini, dunia dikejutkan oleh tuhan dengan kehadiran Influenza H1NI1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi. Kalau kita dapat toleh sejenak kebelakang, masihkah kita ingat akan kedatangan wabak-wabak seperti ini dahulu? seperti selsema burung dan JE? kehadiran mereka bagai angin yang lalu. Kita sebagai manusia tidak pernah mengambil iktibar dengan peringatan yang mungkin sedikit impaknya pada diri melainkan dengan kedatangan bala yang berat seperti Tsunami.

Sifat syukur dan meyakini kejadian Allah sebagai satu hikmah pada diri kita semakin longgar. Lantas DIA yang sangat mengasihi hambanya sering memberi peringatan buat kita agar tidak tersasar haluan. Tapi adakah kita sedar?
Pada sabtu yang lalu, bermulalah cuti ‘darurat’ akibat penularan wabak H1N1 ini. Semua kampus tempat saya belajar di arah tutup. Bagi mengambil keputusan, saya bergegas untuk pulang petang itu juga. Amaran telah dikeluarkan. “Siapa yang masih tinggal di asrama pada keesokan harinya akan dikuarantinkan. AMARAN Jabatan Kesihatan !!!.” Masing-masing membungkus barang untuk bergegas pulang.

**************
Pada isninnya, saya bersama mak menemani atuk untuk pemeriksaan kesihatan. InsyaAllah tahun ni rezeki atuk untuk menunaikan fardhu yang kelima. Adik bongsu ikut sekali. Setibanya di poliklinik, saya agak
terkejut. “MasyaAllah, ramai betol manusia?”. Masing-masing siap bertopeng. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk diperiksa. Pelajar sekolah dan pelatih PLKN turut memenuhi ruang. Dalam keadaan darurat sebegini sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran mengarahkan sekolah-sekolah di sekitar Bandar khususnya ditutup bagi mengelakkan berlaku penularan.

Mak meminta agar menemani adik ke tempat pemeriksaan pesakit luar. Adik dari kelamarin demam, sakit tekak dan selsema. Dengan cuaca serta udara yang makin merosot ini, banyak wabak semakin aktif. Sampai di kaunter. No. 3138. “Mak oi, lagi berpuluh orang. Berjanggut lah menunggu”. Mak masih menemani atuk. Saya dan adik terpacak (tak dek tempat duduk) di sekitar kuanter menunggu. Setelah atuk selesai, mak ‘take over’ adik plak. “Mesti atuk boring ni”. Saya ajak atuk untuk ke kafe untuk minum pagi. Masa terbuang di poliklinik hampir 3 jam.

“Atuk dinasihatkan untuk tidak digalakkan untuk memenuhi hasrat ke Makkah akibat penularan wabak yang merbahaya ini.” Mak mula buka cerita setelah menghantar atuk pulang.

“Erm, yelah tp sian pulak kat atuk kan?”. sambut penyataan emak.

“Doktor yang rawat atuk ade kata, Kementerian Kesihatan pun dah tak tau nak wat ape dah skang ni”. Mak menyambung.

“sampai macam tu sekali”. Agak terkejut.

“Em.” Mak mengiyakan sahaja.

*************

“Hari esok nisfu sya’ban. Alhamdulillah.”

“Sampai ke luar orang?”.Sesampai di klinik.

Memang penuh dengan orang. Ambil nombor dan duduk. no.1508 bilik 1. “lagi 12 orang, sabar-sabar”. Dalam hati. Rase pening makin mencengkam. Demam 2 hari melemahkan. Ditambah hari-hari buka puasa dengan ais. Memang cari penyakit. Di klinik tu, memang asyik mengucap panjang. Majoriti bertopeng. Tapi yang paling kesian, bayi-bayi kecil yang dalam kendungan. Lebih mudah dijangkiti.

“Sakit pe dik”. Doktor yang sopan bertudung bertanya.

Setelah saya terangkan dengan panjang lebar.

“Ooo, bape hari dah demam? . Ceria. Macam tak demam”. Senyum si doktor.

“Ish, panas ni. 38 C. Haa, betol-betol demam. Doktor bicara sendirian. Aku mampu tersenyum.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik buatmu, kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk untukmu, ketahuilah bahawa Allah maha mengetahu” (al-Baqarah:65)

*************
Azan dah berkumandang. Kurma baru habis ditelan. Lagu wonderpat berdendang. “Mesej”.

Salam nisfu sya’ban…… Mesej dari seorang sahabat yang sering tidak lokek dengan ilmu.

“Alamak, esok nisfu sya’ban. Macam mana ni? Kene makan ubat ikut ‘time’ plak.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan hamba-hambanya.

Penuhilah nisfu sya’ban dengan amalan yang berfaedah lagi terpuji. Semoga kita bertemu di tahun akan datang.
p/s : tiap musibah itu ada hikmah disebalik kejadiannya..

0 comments:

Post a Comment