Saturday, April 18, 2009

Muslim itu bersaudara




Salam pena sekali lagi..Orang Islam Itu Bersaudara. Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh-memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Dalam sabda baginda S.A.W lagi telah jelas menyatakan bahawa “ Orang Islam itu adalah saudara bagi orang Islam yang lainnya. Oleh itu janganlah seorang Islam menganiaya saudaranya dan janganlah membiarkan saudaranya terseksa. Barangsiapa yang berusaha memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya sesame Islam, pasti Allah akan melepaskannya dari beberapa kesusahan di hari kiamat dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya, pasti Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat . Hadis ini adalah riwayat Bukhari & Muslim.

Jadi, kita sebagai seorang insan yang diakui kelemahan memerlukan insan lain dalam apa jua perkara. Sikap mementingkan diri amatlah ditegah dalam islam kerana ia akan membawa kepada putusnya ikatan silaturrahim dalam sesebuah komuniti. Sikap terpuji seperti tolong-menolong adalah salah satu cara hidup dalam Islam yang perlu dinilai di mata masyarakat terutama yang berada dalam agama suci ini.

Sesungguhnya Islam itu indah, maka perindahkanlah ia..

1 comments:

ana said...

salam..mar..cantek blog.he3.mne comment box enti?cian ana kome kt cni je..bittaufiq wan najah!!cayang mar.he2

Post a Comment