Saturday, December 26, 2009

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang Pemimpin/Pendakwah

Banyak masa dihabiskan pada cuti semester ini dengan membelek pelbagai buku dan artikel. Mungkin tidak banyak aktiviti luar tambahan pula cuaca tidak mengizinkan. Sebelum cuti lalu, seorang sahabat telah meminjamkan bukunya. Seorang yang saya kira tak pernah luntur semangat dakwahnya. Walau kami berbeza aliran namun beliau tidak lokek dalam menyampaikan ilmu dan informasi yang bermanfaat kepada saya. Beliau banyak mendedahkan diri saya ke jalan dakwah.

Petikan yang saya dapat kongsi daripada buku dari sahabat saya itu berkaitan sifat-sifat yang perlu ada pada setiap pemimpin. Saya kira tidak terkelaluan jika saya kaitkan pemimpin itu juga bertanggungjawab sebagai seorang pendakwah. Pemimpin bukan sahaja dikaitkan dengan seorang ketua yang berpengaruh kuat dalam satu kumpulan yang besar. Namun, ia boleh dikira sebagai pemimpin juga jika seseorang bisa mengutuskan keputusan yang kecil tapi manfaat pada banyak pihak.

Baiklah. Petikan daripada penulisan Fathy Yakan melalui bukunya “Musykilat ad-Da’wah wad Da’iyah- Masalah Dakwah Dan Pendakwah tentang kepimpinan, tanggungjawab dan sifat-sifat yang perlu ada padanya.” Antaranya:-

a) Mengenali Dakwah
Mengenali dakwah secara sempurna dan mengambil tahu secara sungguh-sungguh perkara yang berkaitan dengan pemikiran dakwah, arahan dan pentadbirannya. Meneliti kegiatan dan mengetahui segala program dan tindakannya.

Jaminan kejayaan pimpinan bergantung pada rapatnya barisan pimpinan, bergerak bersama dengan kumpulan dan tidak mengasingkan diri. Tanggungjawab pimpinan menghendaki supaya sentiasa berhubung barisan dakwah (junud), mengetahui masalah mereka serta mengetahui pemikiran mereka. Ia dapat memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak.

b) Mengenal Diri
Seorang pemimpin wajib mengetahui tempat-tempat kekuatan dan kelemahan dalam dirinya. Jika tidak, mungkin akan membawa dakwahnya ke arah kemudaratan. Dengan sebab itu seorang pemimpin mestilah mempunyai sifat-sifat berikut:

i. Mengetahui sudut-sudut kelemahan dan berusaha memperkuatkannya.
ii. Mengenali sudut kekuatan dan berusaha untuk menggerak serta menyuburkannya.
iii. Mengambil berat mengembangkan ilmu dan membaca pendapat2, pemikiran2 politik, kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya.
iv. Mengambil berat mengenali tokoh-tokoh pemimpin Islam dan lainnya, di samping berusaha mengetahui cara-cara pimpinan mereka serta factor-faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

c) Mengambil Berat Tentang Ahli
Pemimpin mestilah bertindak mengambil berat tentang ahli, cuba mengetahui mereka secara sungguh2, mengikut keadaan hidup dan kedudukan mereka, bersimpati dengan mereka, bekerja menyelesaikan masalah mereka, membantu kemantapan ahli dan mengukuhkan kepercayaan mereka.

d) Teladan Yang Baik
Menjadikan pemimpin sebagai contoh dan teladan untuk menjejak langkahnya. Sesunguhnya Rasulullah s.a.w. adalah menjadi teladan kepada para sahabatnya:

Firman Allah:

لقدكان لكم في رسول الله اسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الاخروذكرالله كثيرا

Bermaksud : “Sesunggunhya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (Rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut (nama) Allah”. [al-Ahzab:21]

e) Mempunyai Pandangan Yang Mantap
Keupayaan seorang pemimpin bertindak segera, tepat dan dapat menyelesaikan masalah dalam semua suasana dan keadaan dengan sendirinya mendapat penilaian dan kepercayaan dari ahli.

Tetapi sebaliknya pemimpin yang tidak tegas dan teragak-teragak akan menyebabkan timbul keadaan kucar-kacir, kurang kepercayaan dan kurang berkesannya kepimpinan mereka. Apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w adalah benar. Baginda pernah mengatakan:

((ان الله يحب البصر الناقد عندورود الشبهات والعقل الكامل عند هجوم الشهةوات))

"Sesungguhnya Allah kasih kepada penglihatan yang tajam di ketika berlaku kesamaran dan Allah sukakan ‘aqal yang sempurna yang dapat menahan serangan nafsu”.

f) Keazaman Yang Kuat
Kekuataan kehendak atau azam adalah menjadi salah satu rukun keperibadian pemimpin. Dengan adanya keazaman itu adalah mereka menyelesaikan persoalan dan perkara-perkara yang susah. Sejarah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Islam zaman kini sangat perlu mempunyai keazaman ini bagi menghadapi segala ujian dan bencana.

g) Daya Tarikan Semulajadi
Jika seseorang pemimpin dapat menarik orang remain tanpa menggunakan paksaan, maka itu adalah merupakan suatu perkara yang amat baik. Sekiranya seseorang pemimpin mempunyai sifat ini maka bermakna dia memiliki suatu peribadi terpenting dalam binaan keperibadian pemimpin.

h) Penuh Yakin
Sifat ini merupakan sifat yang terpenting yang perlu ada pada pemimpin. Seorang pemimpin mesti sentiasa berkeyakinan dan berlapang dada.

Sikap putus asa adalah menjadi factor utama kemusnahan hidup individu dan masyarakat. “Putus asa” tidak boleh sesekali-kali dipandang baik. Perasaan punya “harapan” tidak boleh dipandang remeh. “Harapan” juga jangan diletakkan di bawah kongkongan perasaan tetapi mesti disamakan dengan ‘aqal dan takdir.

Pimpinan adalah ketua rombongan dan kesannya ke atas “barisan” sangat mendalam. Jika ia mundur dan putus asa, barisan jua begitu. Perkara yang sebaliknya akan berlaku jika pemimpin maju kehadapan.

Friday, December 18, 2009

Adab berdoa menurut Imam Ghazali


Doa sebagai perantaraan yang membabitkan suatu ruang waktu yang tiada had dan batasnya, maka Allah sendiri menyuruh setiap hambanya berdoa tanpa mengira keadaan dan masa.
Kita juga diharuskan berdoa dalam keadaan penuh khusyuk, rasa rendah diri mengharapkan pertolongan Allah saja. Beberapa adab sopan seperti yang dianjurkan oleh agama perlulah sama-sama diikuti sewaktu memohon pertolongan dari Allah.

Imam al-Ghazali telah menjelaskan tentang adab berdoa yang dapat dihuraikan seperti:-
1. Pada waktu dan tempat yang baik dan mulia; pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, dan sepertiga akhir malam serta pada waktu sahur. Doa-doa tersebut diucapkan dalam keadaan yang sangat tenang misalnya ketika sujud (dalam solat), sebelum dan sesudah solat, dan ketika menghadapi musuh Allah(termasuk syaitan), dengan keadaan menghadap kiblat.

2. Membaca doa dengan penuh harap dan khuatir (khauf wa raja’)bila tidak diperkenankan. Dalam hal ini, dianjurkan agar merendahkan suara dan penuh dengan kekhusyukan, serta merasa keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. sebagaimana dijelaskan dalam firmanNya:

" ادعوا ربكم ثضرعا وخفية انه لا يحب المعثدين "

“Berdoalah kamu terhadap Tuhanmu dengan cara merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [al-A’raf:55]

3. Doa tersebut dibaca secara berulang-ulang dua atau tiga kali, untuk menun
jukan bahawa ianya sangat diperlukan. Kita juga dianjurkan mengangkat kedua tangan dan menyapu kemuka di akhir doa. Ini menunjukkan kita memerlukan dikabulkannya doa tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar ibn Khattab r.a bermaksud: “Jika (seseorang) menghulurkan (mengangkat) tangannya pada saat berdoa, maka ( doanya) tidak akan dikabulkan hingga ia mengusapkab ke mukanya.” [HR at-Tirmizi]

Diriwayatkan oleh Abu Dawud menyatakan bahawa apabila kita berdoa hendaklah mengangkat kedua belah tangan kita setinggi dengan kedua belah pundak kita; apabila beristighfar hendaklah selalu diisyaratkan dengan telunjuk;dan apabila kita sedang hendaklah kedua belah tangan kita dihulurkan ke muka sambil mengangkatnya.

4. Susunan doa biasa dan sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dipintanya, dan tidak pada perkara yang remeh temeh. Lebih diutamakan menggunakan doa-doa yang diajarkan dalam al-Quran. Para Nabi dan Rasul banyak membaca doa dalam al-Quran untuk mengabulkan hajatnya lebih-lebih lagi ketika menghadapi musuh.

5. Mengawali dan mengakhiri doa dengan puji-pujian kepada Allah dan selawat atas Nabi. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w., “ Bahawasanya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tiada naik, barang sedikit juga daripadanya sampai engkau berselawat kepada Nabi engkau.” [HR at-Tirmizi]

Dalam riwayat lain disebutkan, “ Apabila kamu hendak beroda, hendaklah ia memulai doanya dengan memuji Allah dan membesarkan-Nya. Sesudah itu berselawat kepada Nabi. Sesudah berselawat, barulah berdoa memohon sesuatu yang diingini.” [HR Abu Dawud & an-Nasa’i].

6. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri kepada Allah. Ini adalah untuk menyucikan batin dari kekotoran rohani. Allah s.w.t. Maha Suci, maka doa orang-orang yang suci batinya tentunya lebih cepat sampai berbanding doa-doa orang yang banyak berbuat dosa.

Thursday, December 3, 2009

Merancang hidup kita dengan DOA



Rasulullah s.a.w pernah menyebut tidak merubah ketetapan Allah s.w.t kecuali dengan kekuatan doa. Ini menunjukan bahawa doa mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sebagaimana yang kita selalu dengar doa juga merupakan senjata orang-orang mukmin.

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang diberi dan merasai kenikmatan berdoa. Melalui berdoa seseorang itu dapat mengenal kekecilan dirinya sebagai makhluk dan dapat mengenal kekuasaan Maha Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Dengan berdoa seorang muslim akan lebih yakin dan optimis dalam mengharungi hidupnya di dunia ini. Doa jua merupakan sebuah peancangan yang harus dicapai.

Dengan itu, ia akan selalu mempunyai perancanaan dan langkah-langkah sebagaimana terungkapkan dalam doanya. Lebih besar lagi, dengan doa seseorang dapat merasakan kemesraan yang lebih dalam dengan Yang Maha Kuasa, yang kemudian akan mempengaruhi rasa ketenteraman dan kedamaian yang luar biasa.

Oleh itu, sebaik-baik doa adalah berdoa dengan doa-doa yang dituntunkan oleh Allah s.w.t melalui al-Quran dan membawa maksudnya hingga ke hati kita. Seterusnya doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sunahnya . Boleh juga berdoa dengan bahasa komuniksi apa pun namun yang penting ianya lahir dari keyakinan dan kecintaan kepada Allah s.w.t.

Sebenarnya, doa yang paling penting bukanlah banyaknya ijabah (terkabulkanya doa), tetapi bagaimana kebiasaan doa seseorang dapat mempengaruhi tingkahlaku, tingkahlaku seorang muslim yang mana apakah doanya dapat membawa kepada kenteraman batin, dapat menumbuhkan dan mengembangkan perkara ke arah yang lebih positif, meningkatkan produktivitinya, dan meningkatkan kemesraan dengan Allah s.w.t. pencipta kita.

Perlu kita ingat bahawa Allah tidak memerlukan doa dari kita, namun dengan berdoa membuatkan dan menunjukan kita bergantung padaNya.

Mungkin ada yang menyatakan “doa tu tuk orang yang lemah dan orang yang tengah susah je”. Sebenarnya tidak!!. Dan apabila kita ditimpa sesuatu kesukaran , kita akan berdoa. Itu adalah sesuatu yang biasa dan digalakkan supaya kita kita tidak leka dengan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba. Tidak kiralah samada senang atau pun susah kita digalakkan berdoa.

Doa adalah keperluan bagi manusia agar dekat dengan Pencipta yang akan membuat suatu kekuatan yang dapat menjaga diri dari kita dari sifat kesombongan, dan kakuatan yang terjaga dari rasa lemah diri.

.

Saturday, November 28, 2009

Sembahyang pe tu?


“Sara dia sembahyang ape tu? Takkan solat subuh kot, dah lewat ni.” Detik hati seorang teman. Sara hanya mampu tersenyum pada sahabatnya Shila. “Balqish, u sembahyang pe ek tadi? Nak kate waktu subuh dah habis nak kate solat zohor lambat lagi..ni baru pukul 9.30 pagi?” “Oh, tadi solat dhuha.” Sambil tersenyum. “Boleh i tanya? Yelah setiap perbuatan tu mesti ade sebab n musababnye, so kenapa yek u buat solat dhuha ek? Macam solat hajat untuk kite mohon hajat...”. Sambung Shila. “Em..kita sebagai manusia ciptaanNya tidak pernah putus-putus terima nikmat hidup. Ape salahnya kita ungkapkan terima kasih padaNya..kan?” Shila semakin bingung.

“Begini Shila, solat dhuha ini adalah sebagai tanda kita mensyukuri kerana kita masih dihidupkan lagi pada pagi ni . Disamping tu kita sebagai ‘student’ ni pun digalakkan tunaikan solat dhuha ni”. “Kenapa?”. “Yelah, macam yang ustaz Azhar kata, solat dhuha ni fadhilatnya dapat membuka dan melapangkan pintu rezeki, so dengan solat dhuha ni akan dipermudahkan urusan kita seharian dan dimudahkan pembelajaran kita lagi-lagi berkaitan ilmu Allah ini”.

“Em, boleh u ajar i macam mane nak buat solat tu?” i tak pandailah. Boleh .

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi). Tapi kalau awal waktu solat fardhu makin awal lah waktu solat ni. Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam. Tapi ikut urf (adat/kebiasaan) selalu buat 2 rakaat.

Cara melakukan solat Dhuha: a) Bacaan niat solat sunat Dhuha





Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".


b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;



"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan: Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)


Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

.

Thursday, November 26, 2009

Berkorban ape saje..


Salam aidil adha buat semua..berkorban ape saje? Erm..betol tu..setiap manusia mempunyai matlamat untuk dikecapi namun dugaan dan cabaran datang secara tiba-tiba boleh menyebabkan cita-cita kita ditolak ketepi seketika..sedarkah kita bahawa itu adalah pengorbanan?

Ini dimaksudkan bahawa semua orang pernah melakukan pengorbanan..tak kiralah sama ada korban tuk diri sendiri mahupun orang lain lagi-lagi orang yang paling kita sayang..begitu jugalah bunga cinta dan sayang kita pada yang maha pencipta seperti mana kisah pengorbanan agung dalam sejarah islam mengenai kasih Nabi Ibrahim a.s. dalam melaksanakan penyembelihan keatas anak kesayangannya. Begitu jua anak baginda Nabi Ismail a.s menyerahkan diri dengan penuh kerelaan dan keikhlasan untuk dikorbankan dirinya kerana kasih dan cinta baginda terhadap ayahandanya lebih-lebih lagi terhadap Allah S.W.T.

Adakah kita tahu bahawa setiap pengorbanan juga ada imbalannya? Lebih besar pengorbanan yang kita buat akan lebih besarlah balasannya.. tapi jangan berkorban demi mengharapkan apa-apa balasan malah lakukanlah dengan penuh keikhlasan. Pengorbanan yang tidak seberapa tetapi ikhlas adalah lebih bermakna dari melakukan pengorbanan yang besar tapi ada sekelumit rasa sesal atau tidak ikhlas.

Berkoban itu ada pelbagai cara. Tak kiralah apa cara sekalipun. Bayangkan. Anda diberi pilihan untuk pergi berpersatuan atau mengulangkaji dibilik. Mane yang anda pilih? Ha..salah satu itu adalah pengorbanan kan? Walau apa pun pengorbanan besar yang telah kita buat ingatlah bahawa pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan panji-panji islam demi umat baginda yang tercinta. Renung-renungkan.

Salam ditautkan kembali..


Sudah lama ku biarkan ruangan ini menyepi tanpa utusan. Mungkin disebabkan jadual yang padat dan pengisian yang tak henti-henti bertandang. Namun takkan dibiarkan ruangan ini terus menjadi usang bersawang.

Pada semester ini mungkin tak banyak perkara yang menarik yang berlaku tapi dengan pelbagai ilmu dan pengalaman yang ditimba cukup untuk melengkapkan diari semester ini.

Dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu tanpa mengira batasan waktu. Tapi saat ini akan berakhir pada semester ni untuk bersama sebahagian daripada mereka….ada yang menamatkan pengajian pada semester ini. Rasa kehilangan itu pasti tiba tika dirimu tiada lagi disisi dalam halaqah untuk berkongsi segala pengetahuan.

Masuk semester depan aku akan bergelar last senior yang mana tiada lagi senior lebih tua di atasku. Tidak seperti semester-semester sebelum ini. Pelbagai rujukan dikemukan pada mereka untuk memahami lagi pelajaran yang telah disyarahkan oleh para penyarah.
Yah!! Hidup mesti diteruskan. Berbekalkan semangat dan sedikit cicipan pengalaman yang diceduk dari kamus orang yang lebih berpengalaman akan dijadikan diri ini teladan dan rujukan adik-adik.

Yang pergi..tetap akan pergi. Yang tinggal..teruskan perjuangan.. yang telah tamat..ku doakan agar diri kalian teruskan perjalanan hidup ini dengan hati yang lebih tabah serta sepenuh kekuatan hati menempuh pahit getir kehidupan yang kita takkan pernah tahu hala tujuan yang sebenarnya. Namun perancangan yang sempurna itu adalah lebih baik untuk persediaan dihadapan. InsyaAllah.

SALAM PERJUANGAN BUAT KALIAN EX-BBA 53-1 (K. Ayu, K.Zue , K.Muru & K.Shida)

Thursday, October 29, 2009

Alamak, tak mungkin...


Bayangkan tiba-tiba pintu rumah diketuk,pintu dibuka,Ya Allah Rasulullah rupa-rupanya!!!

Barangkali kita berasa gembira, takjub, pemimpin paling agung muncul dipintu. Mungkin kita bersalam, memeluk baginda, diajak baginda moga-moga sudi bermalam dirumah,

atau barangkali kita berfikir,meminta Rasulullah tunggu di pintu, rumah bersepah perlu dikemas,tandas kotor perlu dibasuh,VCD 'adult rated' dimana harus disorok?majalah-majalah picisan dimana hendak disimpan?


atau barangkali segera balik ke bilik, bagi muslimin seluar pendek perlu ditukar,terkial-kila mencari pelikat, poster artis perlu dicabut, diganti dengan ayat seribu dinar,pemberian peminta sedekah yang diletak di bawah katil.

atau barangkali malu, abah tak pernah jadi imam solat di rumah,mama tercari-cari tudung dalam stor, jiran tetangga tak pernah kenal,surau dekat rumah tak tahu kat mana, mengaji Al-Quran sebulan sekali.

atau barangkali kita terfikir, bagaimana dengan adik-adikku?adik-adik selalu menyanyi, zikir dan Al-Quran jauh sekali,abang hafal nama pemain man U, artis, artis, namun tidak keluarga baginda,sahabat baginda yang baginda kasihi, tengok VCD hari-hari, Korea, Jepun, Inggeris, Al-Quran??"Ala...sibuk la.." Buku agama?? "Exam agama lambat lagi.."

atau baragkali kita segan, baju kakak semua ketat,baju yang ok ada 2,3 helai, baju kurung tanpa tudung,yang dipakai setiap hari Isnin dan Jumaat untuk ke kuliah.

Kita mengaku cintakan Rasulullah, buktinya?semasa Maulidur Rasul kita berarak,perang selawat kita selawat,tapi tak faham apa-apa.habis berarak umpat urusetia majlis."Sunnah nabi?Apa tu?"."Dakwah? Ala..JAKIM kan ada..aku bukan ustaz/ustazah.."


Hipokrit ! !

Friday, August 21, 2009

Tarawikh......



Tarawikh menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawikh adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawikh ialah duduk ''bersenang-senang'' atau ''beristirahat''. Solat Tarawikh bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawikh dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawikh itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadhan. Sembahyang Tarawikh dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

===Dalil===
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawikh. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawikh sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawikh di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.


===Hukum===
Hukum mengerjakan sembahyang tarawikh adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada
secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku ''Rahsia-Rahsia Solat'', walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

===Cara Solat Tarawikh ===
Waktu sembahyang Tarawikh ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap
satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Rukun sembahyang sunat Tarawikh ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawikh tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawikh mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawikh boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawikh dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawikh dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.

Lafaz Niat Sembahyang Tarawikh:


Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawikh dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawikh, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawikh, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

===Bilangan Rakaat===
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawikh dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawikh sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Bukhari,Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawikh dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

===Kelebihan Sembahyang Tarawikh===
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawikh) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
.
.
p/s : penuhilah bulan yang berkat ini dengan sebenar-benar penghayatan perhambaan..
.

Monday, August 17, 2009

Tolong Beritahu Si Dia



Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana Allah..
.
.
copyright_control
.
.
p/s: berkemungkinan apa yang kamu cintai itu terbuku didalamnya kebencian dan berkemungkinan apa yang kamu benci itu terdapat sekelumit rasa cinta..

Friday, August 14, 2009

Kesan Zikir Terhadap Otak


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Saturday, August 8, 2009

3 Amalan Yang Berkat


Hadith : Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?”Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”(Bukhari)

Huraian: Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarahsekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T.
Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatanatau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Makaberuntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith diatas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya.
Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku keranaini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yangkukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yangmeremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka) .
p/s :Manusia sering mengaku syaitan musuh utama, tapi selalu ikut perangai makhluk laknatullah tu...

Thursday, August 6, 2009

“CUTI DARURAT”



Satu demi satu kematian kian melanda dunia dengan kedatangan wabak yang tidak diundang. Makin banyak korban telah dilaporkan, namun masa tidak bisa kita putarkan semula. Maut yang datang tidak mungkin kita hindari sama sekali. Pada hari ini, dunia dikejutkan oleh tuhan dengan kehadiran Influenza H1NI1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi. Kalau kita dapat toleh sejenak kebelakang, masihkah kita ingat akan kedatangan wabak-wabak seperti ini dahulu? seperti selsema burung dan JE? kehadiran mereka bagai angin yang lalu. Kita sebagai manusia tidak pernah mengambil iktibar dengan peringatan yang mungkin sedikit impaknya pada diri melainkan dengan kedatangan bala yang berat seperti Tsunami.

Sifat syukur dan meyakini kejadian Allah sebagai satu hikmah pada diri kita semakin longgar. Lantas DIA yang sangat mengasihi hambanya sering memberi peringatan buat kita agar tidak tersasar haluan. Tapi adakah kita sedar?
Pada sabtu yang lalu, bermulalah cuti ‘darurat’ akibat penularan wabak H1N1 ini. Semua kampus tempat saya belajar di arah tutup. Bagi mengambil keputusan, saya bergegas untuk pulang petang itu juga. Amaran telah dikeluarkan. “Siapa yang masih tinggal di asrama pada keesokan harinya akan dikuarantinkan. AMARAN Jabatan Kesihatan !!!.” Masing-masing membungkus barang untuk bergegas pulang.

**************
Pada isninnya, saya bersama mak menemani atuk untuk pemeriksaan kesihatan. InsyaAllah tahun ni rezeki atuk untuk menunaikan fardhu yang kelima. Adik bongsu ikut sekali. Setibanya di poliklinik, saya agak
terkejut. “MasyaAllah, ramai betol manusia?”. Masing-masing siap bertopeng. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk diperiksa. Pelajar sekolah dan pelatih PLKN turut memenuhi ruang. Dalam keadaan darurat sebegini sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran mengarahkan sekolah-sekolah di sekitar Bandar khususnya ditutup bagi mengelakkan berlaku penularan.

Mak meminta agar menemani adik ke tempat pemeriksaan pesakit luar. Adik dari kelamarin demam, sakit tekak dan selsema. Dengan cuaca serta udara yang makin merosot ini, banyak wabak semakin aktif. Sampai di kaunter. No. 3138. “Mak oi, lagi berpuluh orang. Berjanggut lah menunggu”. Mak masih menemani atuk. Saya dan adik terpacak (tak dek tempat duduk) di sekitar kuanter menunggu. Setelah atuk selesai, mak ‘take over’ adik plak. “Mesti atuk boring ni”. Saya ajak atuk untuk ke kafe untuk minum pagi. Masa terbuang di poliklinik hampir 3 jam.

“Atuk dinasihatkan untuk tidak digalakkan untuk memenuhi hasrat ke Makkah akibat penularan wabak yang merbahaya ini.” Mak mula buka cerita setelah menghantar atuk pulang.

“Erm, yelah tp sian pulak kat atuk kan?”. sambut penyataan emak.

“Doktor yang rawat atuk ade kata, Kementerian Kesihatan pun dah tak tau nak wat ape dah skang ni”. Mak menyambung.

“sampai macam tu sekali”. Agak terkejut.

“Em.” Mak mengiyakan sahaja.

*************

“Hari esok nisfu sya’ban. Alhamdulillah.”

“Sampai ke luar orang?”.Sesampai di klinik.

Memang penuh dengan orang. Ambil nombor dan duduk. no.1508 bilik 1. “lagi 12 orang, sabar-sabar”. Dalam hati. Rase pening makin mencengkam. Demam 2 hari melemahkan. Ditambah hari-hari buka puasa dengan ais. Memang cari penyakit. Di klinik tu, memang asyik mengucap panjang. Majoriti bertopeng. Tapi yang paling kesian, bayi-bayi kecil yang dalam kendungan. Lebih mudah dijangkiti.

“Sakit pe dik”. Doktor yang sopan bertudung bertanya.

Setelah saya terangkan dengan panjang lebar.

“Ooo, bape hari dah demam? . Ceria. Macam tak demam”. Senyum si doktor.

“Ish, panas ni. 38 C. Haa, betol-betol demam. Doktor bicara sendirian. Aku mampu tersenyum.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik buatmu, kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk untukmu, ketahuilah bahawa Allah maha mengetahu” (al-Baqarah:65)

*************
Azan dah berkumandang. Kurma baru habis ditelan. Lagu wonderpat berdendang. “Mesej”.

Salam nisfu sya’ban…… Mesej dari seorang sahabat yang sering tidak lokek dengan ilmu.

“Alamak, esok nisfu sya’ban. Macam mana ni? Kene makan ubat ikut ‘time’ plak.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan hamba-hambanya.

Penuhilah nisfu sya’ban dengan amalan yang berfaedah lagi terpuji. Semoga kita bertemu di tahun akan datang.
p/s : tiap musibah itu ada hikmah disebalik kejadiannya..

Wednesday, July 29, 2009

RESTORAN ORANG ISLAM TIDAK SEMESTINYA HALAL



Sudah lama tidak ku jenguk ruangan usang ini. Kesibukan dunia kadang kala membuatkan jari ini sungguh lokek untuk menari. Namun dalam kesibukan mencari bahan untuk menyiapkan ‘assignment’ yang di berikan sempat untuk ku mengintai satu ruangan tentang makanan HALAL.

Mencari yang HALAL itu fardhu untuk umat Islam. Jadi dengan petikan dibawah ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mencegah dari melakukan kesilapan.

KUALA LUMPUR-Makanan yang disajikan di restoran orang melayu tidak semestinya memenuhi standard sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Demikian tegas pegarah Hab HALAL JAKIM ,Che Mamat ketika menerangkan ciri-ciri piawaian halal penilain J
AKIM yang ketat.


Keraguan ini timbul kerana kemungkinan proses penghasilkan produk makanan itu menyalahi prosuder pensijilan halal Malaysia yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan daripada segi syarak.

Menurut beliau,penilain halal yang digariskan kerajan sangat tinggi dan teliti produk yang dihasilkan pengusah benar-benar halal.

Kami mempunyai garis panduan yang telah ditetakan untuk pengusaha produk makanan untuk mendapat jaminan halal Jakim tidak kira dia islam atau tidak.

Maka sesiapa sahaja yang memohon perlu memenuhi penilaian kualiti sijil pengesahan halal yang ditetapkan dan akan tertakluk di bawah pemantauan JAKIM serta Akta Perihal Dagangan 1977 Perbahasan Halal tegasnya.

Tambah Che Hassan, ciri-ciri penilaian JAKIM melibatkan produk makanan dan miuman,barangan gunaan, premis makanan dan rumah sembelihan adalah pada tahap yang tinggi tanpa kompromi.

Bagaimanapun katanya, jika ada pihak lain mengeluarkan sijil penilaian akuan permis halal kengmungkinan beralku penyelewengan.

Berbanding sijil penilain halal lain, kemungunkinan ia tidak tertakluk di dalam akta prosuder yang ditetapkan kerajaan selain mempunyai agenda tersembunyi untuk mendapatkan keuntungankatanya kepada KOSMO ketika dihubungi di sini semalam.

Che Hassan menjelaskan sijil pengesahan JAKIM adalah satu pilihan dan bukan satu kewajipan bagi pengusaha produk makanan untuk mendapatkannya.

Sekiranya pengusaha pengusaha produk makanan memohon sijil halal maka pengesahan pemantuan dan kualiti halal produk tersebut akan dipelihara kualitinya setiap masa.


KOSMO 10/04/06
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news

Thursday, July 2, 2009

Bisa apa yang ku coretkan



Bisa apa yang ku coretkan. Tiada pengundang tara.
Kalimah seuntai rasa. Bisa apa yang ku coretkan.

Perasaan kalam kian menari di persada kanvas.
Buat bicara si tatap yang otaknya kian terperangkap.
Rencah kehidupan. rencah hidup berkeluarga.
Rencah diri seorang muslimah untuk mukminah. rencah pelakon tambahan di dada dunia tuhan.
Bisa apa yang ku coretkan. Tirai hati terlerai.
Tinta berkaca mengalir. Bisa apa yang ku coretkan.

Mungkin mentari memercikkan pancaran.
Mungkin hujan menumbuhi hutan.
Mungkin bulan menerangi jasad.
Tapi mungkinkah iman ini tersirna dengan sempurna.
Bicara hatiku…

Bisa apa yang ku coretkan. Tiada penghargaan.
Tiada pendustaan. Bisa apa yang ku coretkan.

Dikala noda dunia menyelubungi insan.
Secangkir harapan dikais-kais.
Ditelan uji juga. Diluah uji juga.
Kini akur pada nasib semata.

Dan kapan janji terlerai????

Mestikah aku? (al-ankabut:2-3)
Mengapa tidak seperti yang ku harapkan? (al-Baqarah:216)
Adakah sehebat ini? (al-Baqarah:286)
Berdosakah jika aku menyesali? (ali Imran:139)
Cara mana yang patut aku susuli ? (al-Baqarah:45)
Apakah ada sesuatu disebalik tirai ini? (at-Taubah:111)
Bagai aku tidak berdaya lagi.. (Yusuf:12)
Siapakah yang bisa ku harapkan lagi?? (at-Taubah:129)

Kini….
Permata jernih berderai kembali.
Meratapi nostalgia dosa ku bangkit.
Ditanya masih punya CintaNya.
Jasadku tersungkur didepanMu…
Desiran fauna pendamai alam.
mengangkatMu dijulang setinggi sesampainya.
Kaget rasa jika kini sedari.
Tulikan saja bicara dunia.

Bisa apa yang ku coretkan. Senyum Cinta padaMu.
Meruntuhkan Cinta manusia yang nista. Bisa apa yang ku coretkan.

Kini aku tahu sedalam mana CintaMu padaku. Subhanallah..



Tuesday, June 30, 2009

Antara Bersin dan Menguap


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda :“Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa karenanya”. (Shahih Bukhari, 6223)

Korang tau tak ape sebab bersin itu satu dari perkara baik dan mengapa pula dikatakan menguap tu dari syaitan???

Imam Ibn Hajar berkata, “Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang t
ermaktub dalam hadits itu. Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang."

Ingat tak masa zaman kecik-kecik orang tua-tua selalu kate.. “kalau nak menguap tu tutup mulut nanti setan masuk!”…erm..tapi kenapa ek? nak kate syaitan masuk?? sampai satu tahap saya buat spekulasi..kalau nak menguap dan tak sempat tutup mulut..hembus kan semula (..mane tau syaitan boleh tergolek keluar balik..hehehe..)

Ini berbeda dengan orang yang bersin. Menguap terjadi karena badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktiviti, hal ini karena banyaknya makan . Bersin boleh menggerakkan orang untuk beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077)

Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut. Rasulullah bersabda: “Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)

Dalam kajian para doktor di zaman sekarang mengatakan, “Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut memerlukan oksigen dan nutrisi; dan kerana organ pernafasan kurang dalam menghantar oksigen kepada otak dan tubuh.Dan hal ini akan terjadi ketika kita sedang mengantuk atau pening, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap akan berlaku dengan cara menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!! tetapi ini adalah tugas hidung…Ini kerana mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menapis udara seperti hidung. Sebab itulah hidung kita di lengkapi dengan bulu untuk menapis udara yang masuk.

Maka menguap berlaku, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai-bagai jenis mikroba, kuman dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh

Oleh karena itu, nabi yang mulia telah menasihatkan agar kita "melawan" menguap ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.


Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkuras dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan.

Oleh karena itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh.

Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap. (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155).


p/s : kalau korang mengatuk “especially” masa belajar..ha, carilah cara untuk tambah oksigen..macam minum air ke, makan gula-gula ke..paling koman pun abik nafas dalam-dalam banyak-banyak..cubalah!!

Saturday, June 20, 2009

Panduan Atasi Zina Hati



Apa itu zina hati? Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai fitrah perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Dalam kitab karangan Ibnu Qayyim al-Jauziah telah memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Dalam Riyadusolihin bab larangan melihat wanita yang telah diriwayat oleh Bukahri & Muslim yang mana Nabi SAW ada menyebut : “Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ketempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati & membayangi si dia.”
Namun bagaimanakah caranya untuk mengawal perasaan dan penyakit hati ini untuk tidak terlajur kearah kemaksiatan? Terdapat 4 usaha yang boleh kita lakukan seperti :-

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya."
  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Ini adalah PENTING!. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Semoga kita sama-sama beroleh manfaat darinya serta sentiasa dipelihara dari segala kejahatan telunjuk syaitan durjana. Amien.


Wallahu’alam

Tuesday, June 16, 2009

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI


Berikut adalah 5 tips yang amat berguna pada kita sebagai muslimah untuk berurusan dengan lelaki ajnabi. Apatah lagi sebagai pelajar yang sering akan berinteraksi dengan kaum Adam ini di kampus. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati yang mana sering menjadi perebutan antara malaikat & syaitan. Jadi, jagalah hati kita agar tidak menunduk dengan tipu daya makhluk yang licik itu.

1. Elelakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Walaupun dalam soal agama sekali pun, seboleh-bolehnya tanya ustazah dahulu kecuali jika telah berusaha dan tidak mampu juga maka terpaksalah juga minta bantuan daripada orang lelaki. Seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Ia juga menunjukan kita bersopan dan tegas.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya.. sapelah kite..
5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.


Tapi tak bermaksud bergopoh-gapah. Biar semua dilakukan dalam keadaan tenang.Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya.


Tips ini juga boleh diaplikasikan bagi muslimin. “Balighuni walau Ayyah” : “Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”. Jagalah diri, hiasi peribadi.



Tuesday, June 2, 2009

MENANGISLAH..



Kita sebagai manusia telah diciptakan dengan pelbagai nikmat perasaan yang tidak bisa kita rungkaikan sebagai sesuatu yang hasil coretan yang jelas seperti perasaan gembira, sedih, ketawa, menagis, marah, sayang, benci, rindu,baik,buruk dan bermacam lagi perasaan yang lahir dari beberapa tempat di sudut hati kita yang mungkin kita dapat rasai kehadirannya atau tidak. Namun sedarkah kita,perasaan menangis juga adalah satu kemikmatan? Pasti kita sering kelihatan tangisan adalah kesengsaraan namun sejarah telah membongkar bahawa tangisan sebenarnya lebih membawa kepada khabar gembira. Mari kita lihat sejarah tentang air mata.

“Orang-orang lalai sama sekali tidak memiliki tenaga seperti orang-orang yang berhati suci. Demi setitis airmata, mereka sanggup menggantinya dengan tidak tidur semalaman. (Sha’ib Tabrizi-Penyair)

Sasterawan barat William Shakespeare yang arif tentang cinta telah mencoretkan : “Cinta tang telah dicuci dengan air mata akan selalu suci, bersih lagi indah”

Beruntunglah orang yang telah dianugerahkan oleh Tuhan sebuah hati yang dapat mencinta dan menangis.
(Victor Hugo-Novelis)

Imam Jaafar ash-Shadiq a.s dalam sebuah riwayat mengucapkan tahniah kepada orang-orang yang menangis. Ucapan tahniah ini sebenarnya merujuk kepada pahala yang akan diterima oleh mereka dan akibat baik yang Allah janjikan kepada mereka. Beliau berkata: “Jika tangismu tidak kunjung tiba, maka berpura-puralah menangis! (berbuatlah seperti orang yang sedang menangis atau berusahalah untuk mewujudkan suasana yang dapat membuatkanmu menitiskan air mata). Dan apabila kemudian engkau berhasil menitiskannya walau hanya sebesar kepala lalat, maka (kuucapkan) tahniah!”

Dalam itu juga Rasulullah s.a.w tika satu kesempatan telah berkata kepada Abu Dzar: “Wahai Abu Dzar! Sesiapa yang dapat menangis, maka hendaklah ia menangis. Dan sesiapa yang tidak mampu melakukannya, maka hendaklah ia menyedihkan hatinya dan berlaku seperti orang yang sedang menangis; kerana hati yang keras itu jauh dari Allah, namun masih ramai orang yang tidak menyedarinya”.

Sabda baginda lagi yang diriwayatkan kepada Ali bin Abi Talib yang berbunyi: “Wahai Ali! Ada empat ciri orang-orang celaka: Mata yang kering, hati yang keras, angan-angan yang panjang, dan cinta pada kekekalan". Dari situ kita dapat lihat bahawa sebab musabab yang membawa kepada kerasnya hati, panjangnya angan-angan dan cita pada kekekalan adalah bermula dari mata yang kering. Mata yang keringa disini bukanlah bermaksud mata kering kalau tak pakai “eye-mo” tetapi mata yang tidak dapat menangis. Ini juga merupakan tanda ilmu yang pernah dipelajari itu tidak membawa bermanfaat lebih-lebih lagi untuk dirinya sendiri. Walaupu jika dia seorang yang berilmu, namun ilmunya tidak dimanfaatkan boleh dikatakan ia sama sahaja dengan orang yang tidak berilmu atau lebih buruk lagi.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda lagi dalam hal ini : “ Wahai Abu Dzar! Sesiapa yang diberi ilmu, sedang ilmu itu tidak dapat membuatnya menangis, maka dapat dipastikan bahawa ilmunya adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Kerana sesungguhnya Allah telah menyifatkan orang-orang berilmu dalam firmanNya:

“Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka merebahkan dirinya sambil bersujud, dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi”. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan hal ini (sentiasa membaca al-Quran) menambahkan kekhusyukan mereka”. (Surah al-Isra’:107-109)

Teringat saya akan kisah seorang sahabat saya yang kehilangan ibu kesayangannya. Tika itu, saya sebagai sahabat hanya dapat sentiasa berada disampingnya untuk memberi semangat bagi meneruskan kehidaupan yang mana ketika itu orang seperti dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan sedih yang terbuku dihati. Perkataan pertama yang keluar dari bibir saya ialah : “menangislah!”. Saya bukan nak menghukum dia, tapi percaya atau tidak selepas langsai tangisan itu anda akan rasa satu kekuatan. Kalau tak percaya, cubalah!!!


kuantan 6.46 petang