Thursday, November 26, 2009

Salam ditautkan kembali..


Sudah lama ku biarkan ruangan ini menyepi tanpa utusan. Mungkin disebabkan jadual yang padat dan pengisian yang tak henti-henti bertandang. Namun takkan dibiarkan ruangan ini terus menjadi usang bersawang.

Pada semester ini mungkin tak banyak perkara yang menarik yang berlaku tapi dengan pelbagai ilmu dan pengalaman yang ditimba cukup untuk melengkapkan diari semester ini.

Dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu tanpa mengira batasan waktu. Tapi saat ini akan berakhir pada semester ni untuk bersama sebahagian daripada mereka….ada yang menamatkan pengajian pada semester ini. Rasa kehilangan itu pasti tiba tika dirimu tiada lagi disisi dalam halaqah untuk berkongsi segala pengetahuan.

Masuk semester depan aku akan bergelar last senior yang mana tiada lagi senior lebih tua di atasku. Tidak seperti semester-semester sebelum ini. Pelbagai rujukan dikemukan pada mereka untuk memahami lagi pelajaran yang telah disyarahkan oleh para penyarah.
Yah!! Hidup mesti diteruskan. Berbekalkan semangat dan sedikit cicipan pengalaman yang diceduk dari kamus orang yang lebih berpengalaman akan dijadikan diri ini teladan dan rujukan adik-adik.

Yang pergi..tetap akan pergi. Yang tinggal..teruskan perjuangan.. yang telah tamat..ku doakan agar diri kalian teruskan perjalanan hidup ini dengan hati yang lebih tabah serta sepenuh kekuatan hati menempuh pahit getir kehidupan yang kita takkan pernah tahu hala tujuan yang sebenarnya. Namun perancangan yang sempurna itu adalah lebih baik untuk persediaan dihadapan. InsyaAllah.

SALAM PERJUANGAN BUAT KALIAN EX-BBA 53-1 (K. Ayu, K.Zue , K.Muru & K.Shida)

Thursday, October 29, 2009

Alamak, tak mungkin...


Bayangkan tiba-tiba pintu rumah diketuk,pintu dibuka,Ya Allah Rasulullah rupa-rupanya!!!

Barangkali kita berasa gembira, takjub, pemimpin paling agung muncul dipintu. Mungkin kita bersalam, memeluk baginda, diajak baginda moga-moga sudi bermalam dirumah,

atau barangkali kita berfikir,meminta Rasulullah tunggu di pintu, rumah bersepah perlu dikemas,tandas kotor perlu dibasuh,VCD 'adult rated' dimana harus disorok?majalah-majalah picisan dimana hendak disimpan?


atau barangkali segera balik ke bilik, bagi muslimin seluar pendek perlu ditukar,terkial-kila mencari pelikat, poster artis perlu dicabut, diganti dengan ayat seribu dinar,pemberian peminta sedekah yang diletak di bawah katil.

atau barangkali malu, abah tak pernah jadi imam solat di rumah,mama tercari-cari tudung dalam stor, jiran tetangga tak pernah kenal,surau dekat rumah tak tahu kat mana, mengaji Al-Quran sebulan sekali.

atau barangkali kita terfikir, bagaimana dengan adik-adikku?adik-adik selalu menyanyi, zikir dan Al-Quran jauh sekali,abang hafal nama pemain man U, artis, artis, namun tidak keluarga baginda,sahabat baginda yang baginda kasihi, tengok VCD hari-hari, Korea, Jepun, Inggeris, Al-Quran??"Ala...sibuk la.." Buku agama?? "Exam agama lambat lagi.."

atau baragkali kita segan, baju kakak semua ketat,baju yang ok ada 2,3 helai, baju kurung tanpa tudung,yang dipakai setiap hari Isnin dan Jumaat untuk ke kuliah.

Kita mengaku cintakan Rasulullah, buktinya?semasa Maulidur Rasul kita berarak,perang selawat kita selawat,tapi tak faham apa-apa.habis berarak umpat urusetia majlis."Sunnah nabi?Apa tu?"."Dakwah? Ala..JAKIM kan ada..aku bukan ustaz/ustazah.."


Hipokrit ! !