Thursday, April 29, 2010

buat perjuangku



Salam buat adik-adik ku..

Helaan terakhir akak disini bukan untuk meruntuhkan menara semangatmu. Kepergian seorang aku pada pandanganmu adalah bagi melunaskan tanggungjawab pada masa depan.

Walau satu kalimat yang ingin dibingkaikan, namun adakk harap ia bukanlah sekadar perhiasan di dinding yang usang di lubuk hatimu ebaiknya gilaplah ia seusahamu yang mampu engkau manfaatkan bagi ummah.

Akak tidak pandai menyulam rasa berkata bicara seagung William Shakespeare dalam puisinya. Namun, sekadar pemangkin demi anak juang yang seterusnya.

Pada dunia kini, rembatan bagi segala kepayahan akan menimpa golongan yang membawa cahaya kebenaran. Kekusutan dunia kini yang sesat mengagungkan kemaksiatan, mengiktiraf kemungkaran, menghalalkan dosa bisa menipiskan lagi semangat juang anak muda islam.. Tetapi mereka bukan KAMU!!!

Kamu yang redup memerhati, memasang langkah, menguntai tingkah akan tetap tegar memegang dunia dlam jiwa Islam. Teruskan usahamu tanpa ada sekelumit rasa jemu dalam menyampaikan dakwah. Teguran itu dakwah. Pada dunia, pada komuniti, pada ahlinya mahupun pada hatimu sendiri.

Lakukan yang paling terbagus dalam langkahmu, sejernih minda sufi, setangkas tingkah bertinta. Jagalah sehabis baik ukhuwahmu dengan orang sekeliling, gunakan seintelek ilmu semasa dan manfaatkan. Jangan mundur walau sedetik kerana iaseluasnya akan mengparkan jalan menguntum dakwah.

Syurga itu milik Allah. DIA akan memberikan tempat yang terbaik tiu pada hambanya yang cinta setulusnya pada jalan mujahadahnya bukan hanya Hipokrit dunia semata. “Engkau hebat dalam berdakwah, persatuan itu persatuan ini, pakai yang alim-alim, bawa buku sana sini, mesti kau masuk syurga kan?” TIDAK!!!! Adikku..bukan itu wahai adikku.. Perjuangan da’e bukan semudah itu, mungkin bukan ilmu atau pekertimu yang diperdebatkan namun mindamu..fikrahmu..akan menjadi penentu ummah masa hadapan.

Kuatkan semangat juangmu pada kebenaran. Dekati komuniti dan sahabatmu secara bijaksana dalam menyampaikan. Bijak menyusun kata, agar tidak tersasar bicara. Tidak lokek dalam perkongsian. Dalam pada itu, jangan sekali-kali memandang rendah atau memperlekehkan orang yang rendah atau kurang darimu. Jangan putus asa mendekati mereka…ibarat:

“Lekukkan pada batu akibat titisan air, bukan kerana kuatnya hentakan air itu tetapi kerana titisan yang sedikit tapi berterusan”. Begitu jualah dalam perjuangan seorang mujahid, istiqamah dalam memperjuangkan ad-Den.

Gunakan masa sebaiknya, pelajarilah ilmu semasa seluasnya manfaatkan hikmah disebaliknya setiap mehnah yang dilalui. “ Seorang Pejuang yang pergi akan diganti dengan barisan pejuang yang lebih tinggi azamnya”. Perbaiki diri dari setiap ketika selagi termampu. Dirimu adalah dirimu. Tiada yang bisa mengubah dirimu melainkan dirimu sendiri.

“Tiada yang lebih harum di HAYAT melainkan rimbunan TAQWA yang merimbun keakhirat”

Salam kerinduan perjuangan dari kekandamu,

.