Saturday, December 26, 2009

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang Pemimpin/Pendakwah

Banyak masa dihabiskan pada cuti semester ini dengan membelek pelbagai buku dan artikel. Mungkin tidak banyak aktiviti luar tambahan pula cuaca tidak mengizinkan. Sebelum cuti lalu, seorang sahabat telah meminjamkan bukunya. Seorang yang saya kira tak pernah luntur semangat dakwahnya. Walau kami berbeza aliran namun beliau tidak lokek dalam menyampaikan ilmu dan informasi yang bermanfaat kepada saya. Beliau banyak mendedahkan diri saya ke jalan dakwah.

Petikan yang saya dapat kongsi daripada buku dari sahabat saya itu berkaitan sifat-sifat yang perlu ada pada setiap pemimpin. Saya kira tidak terkelaluan jika saya kaitkan pemimpin itu juga bertanggungjawab sebagai seorang pendakwah. Pemimpin bukan sahaja dikaitkan dengan seorang ketua yang berpengaruh kuat dalam satu kumpulan yang besar. Namun, ia boleh dikira sebagai pemimpin juga jika seseorang bisa mengutuskan keputusan yang kecil tapi manfaat pada banyak pihak.

Baiklah. Petikan daripada penulisan Fathy Yakan melalui bukunya “Musykilat ad-Da’wah wad Da’iyah- Masalah Dakwah Dan Pendakwah tentang kepimpinan, tanggungjawab dan sifat-sifat yang perlu ada padanya.” Antaranya:-

a) Mengenali Dakwah
Mengenali dakwah secara sempurna dan mengambil tahu secara sungguh-sungguh perkara yang berkaitan dengan pemikiran dakwah, arahan dan pentadbirannya. Meneliti kegiatan dan mengetahui segala program dan tindakannya.

Jaminan kejayaan pimpinan bergantung pada rapatnya barisan pimpinan, bergerak bersama dengan kumpulan dan tidak mengasingkan diri. Tanggungjawab pimpinan menghendaki supaya sentiasa berhubung barisan dakwah (junud), mengetahui masalah mereka serta mengetahui pemikiran mereka. Ia dapat memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak.

b) Mengenal Diri
Seorang pemimpin wajib mengetahui tempat-tempat kekuatan dan kelemahan dalam dirinya. Jika tidak, mungkin akan membawa dakwahnya ke arah kemudaratan. Dengan sebab itu seorang pemimpin mestilah mempunyai sifat-sifat berikut:

i. Mengetahui sudut-sudut kelemahan dan berusaha memperkuatkannya.
ii. Mengenali sudut kekuatan dan berusaha untuk menggerak serta menyuburkannya.
iii. Mengambil berat mengembangkan ilmu dan membaca pendapat2, pemikiran2 politik, kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya.
iv. Mengambil berat mengenali tokoh-tokoh pemimpin Islam dan lainnya, di samping berusaha mengetahui cara-cara pimpinan mereka serta factor-faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

c) Mengambil Berat Tentang Ahli
Pemimpin mestilah bertindak mengambil berat tentang ahli, cuba mengetahui mereka secara sungguh2, mengikut keadaan hidup dan kedudukan mereka, bersimpati dengan mereka, bekerja menyelesaikan masalah mereka, membantu kemantapan ahli dan mengukuhkan kepercayaan mereka.

d) Teladan Yang Baik
Menjadikan pemimpin sebagai contoh dan teladan untuk menjejak langkahnya. Sesunguhnya Rasulullah s.a.w. adalah menjadi teladan kepada para sahabatnya:

Firman Allah:

لقدكان لكم في رسول الله اسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الاخروذكرالله كثيرا

Bermaksud : “Sesunggunhya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (Rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut (nama) Allah”. [al-Ahzab:21]

e) Mempunyai Pandangan Yang Mantap
Keupayaan seorang pemimpin bertindak segera, tepat dan dapat menyelesaikan masalah dalam semua suasana dan keadaan dengan sendirinya mendapat penilaian dan kepercayaan dari ahli.

Tetapi sebaliknya pemimpin yang tidak tegas dan teragak-teragak akan menyebabkan timbul keadaan kucar-kacir, kurang kepercayaan dan kurang berkesannya kepimpinan mereka. Apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w adalah benar. Baginda pernah mengatakan:

((ان الله يحب البصر الناقد عندورود الشبهات والعقل الكامل عند هجوم الشهةوات))

"Sesungguhnya Allah kasih kepada penglihatan yang tajam di ketika berlaku kesamaran dan Allah sukakan ‘aqal yang sempurna yang dapat menahan serangan nafsu”.

f) Keazaman Yang Kuat
Kekuataan kehendak atau azam adalah menjadi salah satu rukun keperibadian pemimpin. Dengan adanya keazaman itu adalah mereka menyelesaikan persoalan dan perkara-perkara yang susah. Sejarah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Islam zaman kini sangat perlu mempunyai keazaman ini bagi menghadapi segala ujian dan bencana.

g) Daya Tarikan Semulajadi
Jika seseorang pemimpin dapat menarik orang remain tanpa menggunakan paksaan, maka itu adalah merupakan suatu perkara yang amat baik. Sekiranya seseorang pemimpin mempunyai sifat ini maka bermakna dia memiliki suatu peribadi terpenting dalam binaan keperibadian pemimpin.

h) Penuh Yakin
Sifat ini merupakan sifat yang terpenting yang perlu ada pada pemimpin. Seorang pemimpin mesti sentiasa berkeyakinan dan berlapang dada.

Sikap putus asa adalah menjadi factor utama kemusnahan hidup individu dan masyarakat. “Putus asa” tidak boleh sesekali-kali dipandang baik. Perasaan punya “harapan” tidak boleh dipandang remeh. “Harapan” juga jangan diletakkan di bawah kongkongan perasaan tetapi mesti disamakan dengan ‘aqal dan takdir.

Pimpinan adalah ketua rombongan dan kesannya ke atas “barisan” sangat mendalam. Jika ia mundur dan putus asa, barisan jua begitu. Perkara yang sebaliknya akan berlaku jika pemimpin maju kehadapan.

Friday, December 18, 2009

Adab berdoa menurut Imam Ghazali


Doa sebagai perantaraan yang membabitkan suatu ruang waktu yang tiada had dan batasnya, maka Allah sendiri menyuruh setiap hambanya berdoa tanpa mengira keadaan dan masa.
Kita juga diharuskan berdoa dalam keadaan penuh khusyuk, rasa rendah diri mengharapkan pertolongan Allah saja. Beberapa adab sopan seperti yang dianjurkan oleh agama perlulah sama-sama diikuti sewaktu memohon pertolongan dari Allah.

Imam al-Ghazali telah menjelaskan tentang adab berdoa yang dapat dihuraikan seperti:-
1. Pada waktu dan tempat yang baik dan mulia; pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, dan sepertiga akhir malam serta pada waktu sahur. Doa-doa tersebut diucapkan dalam keadaan yang sangat tenang misalnya ketika sujud (dalam solat), sebelum dan sesudah solat, dan ketika menghadapi musuh Allah(termasuk syaitan), dengan keadaan menghadap kiblat.

2. Membaca doa dengan penuh harap dan khuatir (khauf wa raja’)bila tidak diperkenankan. Dalam hal ini, dianjurkan agar merendahkan suara dan penuh dengan kekhusyukan, serta merasa keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. sebagaimana dijelaskan dalam firmanNya:

" ادعوا ربكم ثضرعا وخفية انه لا يحب المعثدين "

“Berdoalah kamu terhadap Tuhanmu dengan cara merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [al-A’raf:55]

3. Doa tersebut dibaca secara berulang-ulang dua atau tiga kali, untuk menun
jukan bahawa ianya sangat diperlukan. Kita juga dianjurkan mengangkat kedua tangan dan menyapu kemuka di akhir doa. Ini menunjukkan kita memerlukan dikabulkannya doa tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar ibn Khattab r.a bermaksud: “Jika (seseorang) menghulurkan (mengangkat) tangannya pada saat berdoa, maka ( doanya) tidak akan dikabulkan hingga ia mengusapkab ke mukanya.” [HR at-Tirmizi]

Diriwayatkan oleh Abu Dawud menyatakan bahawa apabila kita berdoa hendaklah mengangkat kedua belah tangan kita setinggi dengan kedua belah pundak kita; apabila beristighfar hendaklah selalu diisyaratkan dengan telunjuk;dan apabila kita sedang hendaklah kedua belah tangan kita dihulurkan ke muka sambil mengangkatnya.

4. Susunan doa biasa dan sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dipintanya, dan tidak pada perkara yang remeh temeh. Lebih diutamakan menggunakan doa-doa yang diajarkan dalam al-Quran. Para Nabi dan Rasul banyak membaca doa dalam al-Quran untuk mengabulkan hajatnya lebih-lebih lagi ketika menghadapi musuh.

5. Mengawali dan mengakhiri doa dengan puji-pujian kepada Allah dan selawat atas Nabi. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w., “ Bahawasanya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tiada naik, barang sedikit juga daripadanya sampai engkau berselawat kepada Nabi engkau.” [HR at-Tirmizi]

Dalam riwayat lain disebutkan, “ Apabila kamu hendak beroda, hendaklah ia memulai doanya dengan memuji Allah dan membesarkan-Nya. Sesudah itu berselawat kepada Nabi. Sesudah berselawat, barulah berdoa memohon sesuatu yang diingini.” [HR Abu Dawud & an-Nasa’i].

6. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri kepada Allah. Ini adalah untuk menyucikan batin dari kekotoran rohani. Allah s.w.t. Maha Suci, maka doa orang-orang yang suci batinya tentunya lebih cepat sampai berbanding doa-doa orang yang banyak berbuat dosa.

Thursday, December 3, 2009

Merancang hidup kita dengan DOA



Rasulullah s.a.w pernah menyebut tidak merubah ketetapan Allah s.w.t kecuali dengan kekuatan doa. Ini menunjukan bahawa doa mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sebagaimana yang kita selalu dengar doa juga merupakan senjata orang-orang mukmin.

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang diberi dan merasai kenikmatan berdoa. Melalui berdoa seseorang itu dapat mengenal kekecilan dirinya sebagai makhluk dan dapat mengenal kekuasaan Maha Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Dengan berdoa seorang muslim akan lebih yakin dan optimis dalam mengharungi hidupnya di dunia ini. Doa jua merupakan sebuah peancangan yang harus dicapai.

Dengan itu, ia akan selalu mempunyai perancanaan dan langkah-langkah sebagaimana terungkapkan dalam doanya. Lebih besar lagi, dengan doa seseorang dapat merasakan kemesraan yang lebih dalam dengan Yang Maha Kuasa, yang kemudian akan mempengaruhi rasa ketenteraman dan kedamaian yang luar biasa.

Oleh itu, sebaik-baik doa adalah berdoa dengan doa-doa yang dituntunkan oleh Allah s.w.t melalui al-Quran dan membawa maksudnya hingga ke hati kita. Seterusnya doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sunahnya . Boleh juga berdoa dengan bahasa komuniksi apa pun namun yang penting ianya lahir dari keyakinan dan kecintaan kepada Allah s.w.t.

Sebenarnya, doa yang paling penting bukanlah banyaknya ijabah (terkabulkanya doa), tetapi bagaimana kebiasaan doa seseorang dapat mempengaruhi tingkahlaku, tingkahlaku seorang muslim yang mana apakah doanya dapat membawa kepada kenteraman batin, dapat menumbuhkan dan mengembangkan perkara ke arah yang lebih positif, meningkatkan produktivitinya, dan meningkatkan kemesraan dengan Allah s.w.t. pencipta kita.

Perlu kita ingat bahawa Allah tidak memerlukan doa dari kita, namun dengan berdoa membuatkan dan menunjukan kita bergantung padaNya.

Mungkin ada yang menyatakan “doa tu tuk orang yang lemah dan orang yang tengah susah je”. Sebenarnya tidak!!. Dan apabila kita ditimpa sesuatu kesukaran , kita akan berdoa. Itu adalah sesuatu yang biasa dan digalakkan supaya kita kita tidak leka dengan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba. Tidak kiralah samada senang atau pun susah kita digalakkan berdoa.

Doa adalah keperluan bagi manusia agar dekat dengan Pencipta yang akan membuat suatu kekuatan yang dapat menjaga diri dari kita dari sifat kesombongan, dan kakuatan yang terjaga dari rasa lemah diri.

.