Wednesday, May 27, 2009

Imbas sejenak..bicara muslimah



Ingin ku petik kembali bingkisan dari laman yang pernah dilayangkan kepada teman-teman..sekadar ingatan kembali..

Wahai yang bergelar muslimah …..ingatlah Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : “Seorang perempuan atau anak gadis atau isteri apabila dimasukkan ke dalam neraka pada hari kiamat nanti akan menarik sama mereka yang bertaanggungjawab ke atas diri mereka”Antara mereka yang bertanggungjawab dalam hadis itu adalah :-
a) Bapanya, kerana bapa adalah wali yang dipertanggungjawabkan ke atas anak gadisnya daripapda terjebak dengan kemusnahan hidup dan kemelaratan apa lagi anak gadis itu belum berumah tangga.
b) Abangnya atau abang kandung gadis itu, sekiranya bapanya telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab abangnya atau abang kandungnya sebagai pengganti kepada bapa untuk menentukan masa depan adik perempuannya.
c) Sekiranya dia telah bersuami, suami juga akan terheret ke neraka kerana tanggungjawab suami adalah sebagai ganti bapa dan abang kandung di atas keselamatan isteri itu tadi.
d) Sekiranya dia seorang perempuan yang sudah menjadi balu maka adalah menjadi tanggungjawab anak lelakinya. Sekiranya dia gagal mengambil alih tanggungjawab bapanya yang sudah mati itu, anak lelaki tersebut juga akan diheret ke neraka...so, jangan lah sebab kite orang yang tak berdosa tanggung azab...



"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan". Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu." maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada lelaki sangat membosankan. "dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
renung-renungkan dan selamat beramal...

Sunday, May 17, 2009

KAU MASIH SAYANGKAN AKU


“Ya Allah”. Mataku tertajam pada jam dimuka handphone. “Dah nak dekat pukul 4 pagi”. “Kenapa pulak tak boleh tidur ni”,detik hatiku. Masa yang hanya 30 minit sebelum aku terjaga itu aku terasa seperti dah seharian ku tidur. Ku bingkas bangun menuju sekitar dapur. “Macam lapar lah pulak,mungkin sebab tak makan dari siang tadi kot”. Aku cuba membuat andaian.

Ku gapai “mug” yang tergantung disebelah “micro-wave” kesayangan mak. “…hem…,nak buat air ape yerk?” “Mak kate kalau perut kosong minum susu,tapi..ala..susu…”. Lalu kuterlihat tin hijau yang memang berisi dengan serbuk minuman coklat kegemaran adik bongsu aku. “Kalau milo pon ok kot”. “MILO???? ISRAEL????” . Aku terkenang kembali tika sekarang ini saudara kita di Iraq menderita kerana itu. “Kesedaran yang terlihat pada saudara seagama denganku apakah sama juga sepertiku??” . Namun ku harap tidak.Nau’zubillah..Astaghfirullah hal a’zim. Semoga diberi petunjuk.

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:"kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejangkal demi sejangkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka".Sahabat bertanya,"Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?"Nabi s.a.w menjwb,"siapa lagi kalau bukan mereka".H.R. MUSLIM.

“Hish, ni la manusia..sekejap jek insaf. Semua buat untuk masa jangka pendek. Kaki ku ringan ke bilik kembali. Ku gapai laptop yang terletak elok diatas “iron board” dan ku mula memperdendangkan lagu baru dari kumpulan UNIC “jalan pulangku”. Ku hayati serangkap demi serangkap bait-baitnya . Telah menjadi hobiku sejak dari dulu suka mendalami aksara puisi yang dilagukan dalam setiap lagu-lagu yang ku dengari.


Aku terduduk berfikir. Benarlah janji Allah. “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadanya aku bertawakal”. (Surah At-Taubah ayat 129). Kalau sekali kita lalai dengan cubaan dunia dan kadangkala manusia mengubah kedudukan DIA dari tempat tertinggi dalam hati kita,DIA tidak sekali-kali membiarkan kita terkapai-kapai dalam kelemasan lautan dunia. Ada “tali”yang bisa dihulurkan dariNya untuk kita mengenal diri kembali.

Itulah ALLAH Maha Pengasih, Pemurah dan Penyayang. DIA lah Allah, menitip belas kasihan pada hambanya yang sering alpa. DIA lah Allah, yang bisa mendengar lirih ratap setiap hambanya. DIA lah Allah, yang amat menyayangi kita insan yang hidup atas pentas kemewahan dan penipuan yang sering menarik kita kembali mengingatiNya. Seringkali manusia itu terkongkong dengan masalah & kepayahan hidup. Tika itulah, tikar sejadah baru dicari…melirih ratap tangis sendu pada Nya. Kerna masa itulah hambanya akan mula tidak berputus-putus memohon meminta keampuan. Sepertimana bicara Allah kepada malaikat : “……sesungguhnya aku rindukan suara hambaku ini….”.Benarlah kata-kata Allah.

“Masih ada kesempatan untuk aku mengingatiNya, mungkin Allah sengaja mengejutkan aku untuk bangun beribadah kepadaNya saat ini”. Aku bersyukur padaMu Ya Allah.

Selamilah hidup ini dengan penuh hikmah & berfikir. Andai tersesat, Allah ada jalan keluarnya. Allah sentiasa akan memberikan sinaran hidayah pada hambanya,jika hamba itu sendiri berusaha untuk itu. Sama-samalah saling mengingati antara kita, jangan tika dalam kesempitan sahaja baru kita mampu mendongak ke langit & menadah tangan dihadapanNya. Penuhilah waktu terluang dengan mengingatiNya. Berpeganglah pada … “Maka benarlah kata-kata Allah S.W.T”.


Kuantan, 3.48 pagi